Thursday, June 11, 2009

Doaku pohon..

lagu ni sgt bermakna jika diteliti setiap bait liriknya..
sgt bererti bagi diriku..
mereka yang keluar menuntut ilmu kerana Allah dianggap berjihad di jalannya sehingga kepulangan mereka..



inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..

baru2 ini,warga kaherah di kejutkan dengan musibah kemalangan yang menimpa senior Gen6 universiti kaherah (tahun3)..
5 orang yg terlibat..berita lanjut di sini

biarpun pahit,terpaksa juga kita terima ketentuan Allah..

2 orang sudah stabil..saif dan fitri@otai
2 orang kurang stabil..aman dan eckem
doaku moga Allah memberikan keselamatan pada mereka berempat..

dan seorang telah kembali ke rahmatullah iaitu ammar zulkifli (ketua batch Gen6)..
doaku moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan tempatkannya bersama para solihin..
kehilangannya begitu terasa walaupun Allahyarham adalah senior saya..
beliau telah banyak menolong berkenaan urusan batch sewaktu aku mula2 berada di sini..

ingatlah!
kita juga pasti akan menyusul..persediaan dan bekalan kita macam mana?
sama2 muhasabah diri kembali..
ini satu kehilangan yang perit dan pengajaran yang besar ke atas diri kita..
cuma terpulang kepada diri kita mahu mengambil pengajaran ataupun tidak..

Allahumma innaka afuwwun karim tuhibbul 'afwa fa'fuanna..

Alfatihah..

1 comments:

+akufobia+ said...

semoga kita telah bersedia ketika bertemu dia.