Monday, March 24, 2014

Bahagia itu


Manusia sering mencari-cari sesuatu dalam hidupnya yang disangka mampu membahagiakan hatinya.

Bila miskin, disangkanya dia perlu mencari kekayaan.
Bila sakit, disangkanya dia perlu mencari kesihatan.
Bila gagal, disangkanya dia perlu mencari kejayaan.
Bila berseorangan, disangkanya dia perlu mencari pasangan.

Mereka sangka mereka perlu semua ini untuk bahagia. Anehnya kita melihat sebahagian manusia yang memiliki semua ini tidak juga menikmati rasa bahagia.

Sedarlah bahagia itu datang dari hati yang dekat dengan pemiliknya, tuhannya. Bila hati ini dekat dengan tuhan, apa jua keadaan miskin, sakit, gagal, rasa berseorangan dia tetap tenang, redha & gembira. Dia tahu tuhan sentiasa ada & tidak akan tinggalkan dirinya.

Bila tuhan sentiasa bersama, itulah kemenangan baginya. Apa pun yang berlaku dia sedar pemilik kuasa segala kuasa bersamanya hatta jika dia mati sekalipun dia sedar dia telah berusaha sebaiknya bagi meraih syurga & redha dari tuhannya.


حديث : "عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله له خير وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن إن أصابته سراء شكر فكانت خيرا له وإن أصابته ضراء صبر فكانت خيرا له 
(رواه مسلم)
Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya baik baginya dan kebaikan itu tidak dimiliki kecuali oleh seorang mukmin. Apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur dan itulah yang terbaik untuknya. Dan apabila mendapat musibah ia bersabar dan itulah yang terbaik untuknya."(Sahih Muslim)

Wallahu'alam

Sunday, September 23, 2012

Sempit dada

Pernahkah berlaku sesuatu peristiwa sehingga kita merasa diri kita gagal, tiada punya apa2, langkah terasa lesu, dada terasa sempit & perasaan sedih menyelubungi. Terasa seperti sudah tiada harapan. Hari2 esok dirasakan sangat pahit untuk dilalui.

Pabila saat itu menjelma, ketahuilah bahawa kita sedang di'sapa' lembut. Kita sedang diperingatkan sesuatu yang mungkin kita terlupa.

Ya, ada sesuatu yang Allah mahu ajar kita.

Usahlah berasa sempit dada, kecewa tiada menentu. Kita masih ada tempat untuk merintih, mengadu iaitu tuhan kita, Allah.

Sedarlah bahawa kegagalan sebenar, kekecewaan perit atau kesedihan mendalam hanyalah terjadi apabila diri kita gagal menapak ke dalam syurga akhirat.

Segala kegagalan, kekecewaan & kesedihan selain sebab itu adalah kegagalan, kekecewaan & kesedihan yang sementara & kecil sahaja.

Dari Allah kita datang, kepadaNya kita akan kembali.

Saturday, October 1, 2011

Satu Amanah


Ya Allah, ikhlaskan dan satukanlah hati2 kami dalam mengejar redhaMu

..........................................

Alhamdulillah, masih ada sahabat yang tidak jemu2 berterusan menasihati dan mengingatkan kembali untuk tetap sabar dan jelas pada hakikat dunia dan matlamat sebenar kehidupan walau pelbagai ujian mendatang.

Setiap hari dan minggu disegarkan kembali dengan nasihat-nasihat itu.

Diperingatkan kembali apa yang terlupa, diketuk kembali pintu hati yang hampir tertutup, dibersihkan kembali hati yang terseleweng.

Dipesan supaya tidak rakus mengejar duniawi. Letak dunia di tangan bukan dihati.

Alhamdulillah sahabat itu sedar bahawa dia sedang berinteraksi dengan manusia yang tidak sempurna dan melakukan kesilapan. Bila kita tersilap, dia segera menunjukkan jalan. Bila kita buntu dia segera membantu.

Betapa pentingnya pertemuan yang didasari aqidah Islam dan kasih sayang ini.


Jazakumullahu khairal jaza' ya ikhwaani.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan : Peluang sama Natijah berbeza


Beza Ramadhan antara 2 zaman.
Zaman salafussoleh dan zaman kita
Muhasabah terbaik sebelum memasuki Ramadhan.
Sebagai 'bench mark' kita dalam mengukur prestasi diri.
Agar kita lebih menghargai kedatangan'nya' pada kali ini

Bila kita teliti kembali faktor perbezaan ini, adakah sudah jelas di mata kita kenapa umat Islam masih dihinakan dan belum mencapai lagi kemenangan?

Atau kita masih kabur dan membiarkan jiwa kita terus lena lemah tak berdaya.

Akhirnya sebelum kita mahu melihat kemenangan tiba, kita perlu tarbiyah diri dan perlengkapkan diri kita terlebih dahulu dengan sifat-sifat kemenangan. Sebagai contoh, kembalikan diri kita dengan kepada ciri-ciri salafussoleh yang terdahulu seperti yang terkandung di dalam video tersebut.
Ambillah peluang itu di bulan Ramadhan ini, bulan tarbiyah, bulan pembinaan.

InsyaAllah kemenangan akan semakin hampir. Berdoa sentiasa dan optimis selalu.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
( رواه البخاري ومسلم )


SELAMAT MERAIKAN PESTA IBADAH RAMADHAN

Monday, June 13, 2011

Derita tidak selamanya

Sahabat, aku lihat engkau dalam kemurungan.

Kau sedang bersedih ye? Kenapa engkau bersedih sahabat?

Kau dalam derita?

.......

Sabarlah sedikit wahai sahabat.

Sahabat, kau tahu, kau patut bersyukur kerana derita kau ini hanya di dunia.

Bila derita di dunia, derita itu hanyalah secebis sahaja.

Kerana di akhirat, Allah telah sediakan syurga buat hambanya yang bersyukur dan bersabar.

Syurga itu nikmat yang tersangat besar dibanding dengan deritamu di dunia.

Di sebalik deritamu sahabat, masih banyak nikmat yang engkau boleh syukuri.

Usah dilihat jauh, lihat sahaja pada dirimu sendiri sahabat.

Sejauh mana nikmat yang kau ada sekarang ini telah kau syukuri?

Sahabat, kesedihanmu adalah kesedihanku.

Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Bersabarlah dengan ujian yang menimpa.

Aku sayang kamu sahabat.

Kau adalah sahabatku, kau adalah diriku.


"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya baik baginya dan kebaikan itu tidak dimiliki kecuali oleh seorang mukmin. Apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur dan itulah yang terbaik untuknya. Dan apabila mendapat musibah ia bersabar dan itulah yang terbaik untuknya."
(Sahih Muslim no. 7500 hal. 1295)



Wallahu'alam.