Saturday, November 29, 2008

Penyuntik kebangkitan..

In the name of Allah,the most gracious n the most merciful..selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w...


alhamdulillah..hari ni family ak akan berlepas ke mekah dalam pukul 1 pagi bersamaan jam 7 malam mesir..hatiku?sebak,gembira,sayu dan bermacam2 rasa..semua ada..xpelah..sementara menunggu green light dr my parents utk call diorg bcoz diorg sedang busy menguruskn urusan utk berlepas ni,sudi2lah ak mencoretkn sedikit pengalaman ku sepanjang ku berada di mesir ni..


Slot pembina semangat

sedangkn duit kita blh bertambah dan berkurang,apatah lagi semangat dan iman kita..sebagai seorg manusia biasa,ak x trlepas dr merasakan perasaan hampir putus asa or lebih tepat kurang bersemangat utk meneruskan hari2 mendatang..bnda ni berlaku kerana kurangnya pengisian diri atau rohani walaupn pengisian fizikal seperti makan dan sebagainya sudah cukup..

beberapa hari yg lepas ak menghadiri suatu ceramah yg telah menaikkan semangat ak kembali utk meneruskan perjuangan di ardul kinanah ni..ceramah itu open iaitu xde batasan pertanyaan..klu ada sebarang kemusykilan hati atau apa2 saja,blh terus ajukan utk mnta pendapat beliau..beliau seorang yg hebat..pakar sakit puan lulusan ireland dan merupakan salah seorg yg sering terlibat dalam misi kemanusiaan..misi kemanusiaan di acheh,palestin,afghanistan dan pelbagai lagi..walaupn pd hari tu ak kepenatan setelah selesai urusan di Asrama Rumah Melayu Abbasiyah(ARMA) kemudiannya tersangkut dalam kesibukan jalan raya lebih kurang 45 minit di dalam bas,ak tetap gagahkn diri utk menghadiri slot bersama beliau dengan berbekal duit 6 LE dalam poket..utk segera sampai ke sana ak naik teksi..

beliau banyak menerangkn mengenai hala tuju seorang doktor muslim..bidang2 di dalam perubatan dan juga peluang2 yg ada disamping berkongsi pengalaman hidup beliau..

antara kisah2 yg menarik minat ak adalah berkenaan isu tsunami yg telah berlaku beberapa tahun lepas di acheh..kita sebenarnya perlu menyingkap kembali kisah ini saban tahun agar ia x luput dr ingatan..wkt itu kita blh lihat bagaimana kekuasaan Allah yg maha esa..Allah telah menyelamatkn masjid2 drpd air yg mghempas kuat segala yg membentang di hadapannnya..tp bagaimana masjid2 ini boleh terselamat??binaannya ada yg hanya dr kayu sahaja..sesungguhnya petunjuk2 Allah itu telah jelas tp ianya hanyalah dikesani oleh orang2 yg berfikir..


ni baru sebahagian dr masjid yg telah diselamatkn Allah..sungguh benarlah janji2 Allah itu..dan semua itu hanya akan bermanfaat bg org yg mengambil pengajaran..

'kazalika yubayyinullahu lakumul 'ayaatihi la'allakum tatafakkarun..'


Di Afghanistan


selain itu beliau juga mengungkapkn kisah beliau semasa di afghanistan..bagaimana seorang ibu yg berada jauh dr kawasan perubatan telah melahirkan anaknya..tp anaknya ditakdirkan utk lahir songsang iaitu kepala keluar terkemudian dr tubuh badan..dan takdir Allah juga,kepala anak tersebut x dpt dikeluarkn dr rahim ibu berkenaan..ibu itu yg dalam kepayahan telah berjalan jauh dengan keadaan kepala anaknya yg masih x blh dikeluarkn itu ke kawasan perubatan berhampiran..tetapi ultrasound utk mengesan keadaan anak tersbut tidak mungkin didapatkn di kawasan perubatan itu kerana kawasan perubatan itu hanyalah kawasan perubatan kecil..jd,ibu tersebut terpaksa dibawa ke hospital di pakistan..setelah meredah kawasan berbukit,akhirnya mereka tiba disana..lalu dilaksanakn ultrasound ke atas ibu tersebut..hasilnya,beliau mendapati kepala anak tersebut dipenuhi cecair menyebabkannya membesar dan x dpt dikeluarkn..oleh itu,beliau menyedut keluar cecair tersebut terlebih dahulu dan akhirnya anak tersebut berjaya dikeluarkan dr rahim ibu berkenaan..tetapi anaknya x dpt diselamatkn kerana sudah tentu lemas di dalam rahim setelah beberapa jam x dpt dikeluarkn kepalanya..kisah ni byk teladannya..ketabahan seorang ibu afghanistan yg masih kuat bergerak walaupn anaknya hanya keluar partially sahaja..

banyak juga kisah lain yg dicoretkn dan diceritakan oleh beliau..pengalaman pahit dan getir sepanjang bergelar seorang doktor..dan pengalaman mnjadi housemen adalah waktu yg beliau paling sibuk..blh dikatakan wkt housemen tu klu ada masa 2 bnda je seorg housemen akan lakukan..iaitu tidur atau makan..keadaan di malaysia sgt2lah memerlukn doktor..oleh itu housemen2 merupakan mereka2 yg terpaksa bekerja 36 jam demi mmbantu patient mereka..

"klu dapat tidur 2 atau 3 jam pn dah cukup nikmat bg seorg housemen.." kata beliau dlm slotnyer..

ak mula mmbayangkn situasi tersebut..sukar rasanya..tp itulah pengorbanan yg akan ak lakukan insyaAllah..berikan ak kekuatan ya Allah..

"err..mcm mana pula doktor dgn amalan2 fardhi doktor seperti qiamullail dan sebagainya sewaktu menjadi housemen dahulu??dan bagaimana doktor mndapat semangat doktor utk terus maju dalam dakwah dan kedoktoran??" bertanya seorang future doctor di situ..

"alhamdulillah,segalanya masih mampu utk sy lakukan walaupn dlm keadaan sibuk mcm tu..mmg x dpt dinafikn bahawa amalan2 fardhi akan berkurang dlm keadaan sebegitu,tp sejauh mana kita masih cuba dan berusaha utk melakukannya itu yg lebih utama..bg saya kekuatan dan semangat yg sy dapat hasil drpd solat subuh berjemaah..ini suatu amalan yg telah saya lakukan sejak dahulu lg..dan alhamdulillah walaupn penat dan kurang tidur wkt housemen dulu,saya boleh terjaga setiap kali masuk wkt subuh utk solat berjemaah.." jawab beliau dengan intonasi yg penuh mmberi motivasi..

ak berasa terkesan dgn kata2 beliau..betapa kurangnya ak bersyukur..mgkn itu salah satu asbab mengapa ak mudah berasa tidak bersemangat utk belajar..

"bagi seorg trainee doktor,pasti akan wujud rasa panik dlm mengurus hal2 seorang patient yg tiba2 sakit dan nazak..klu dia blh releks je,bkn trainee doktor namanya tu..klu dah jadi pakar perunding blh la releks tgk je trainee buat keje..tp hati ni sebenarnya berdebar2 jgk..mana xnyer,sesiapa pn blh saman kita klu ada apa2 berlaku dan yg kena jawab pakar perundinglah.." tambah beliau menerangkn tanggungjwb yg digalas setiap bahagian perubatan..


Di Ireland


cerita beliau sewaktu di Ireland dahulu beliau dan beberapa rakan beliau sndiri telah berusaha mengubah..klu dekat kediaman beliau dahulu xde masjid walau sebuah pn..atas usaha gigih beliau dan beberapa org rakannya,mereka telah membeli sebuah gereja yg ada di situ dan ditukarkn kepada masjid..akhirnya wujudlah sebuah masjid di kawasan itu hasil usaha mereka bersama..dr sini kita blh mgambil 'ibrah bahawa kita perlu mengubah dan berubah utk maju ke depan seperti firman Allah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib diri mereka sendiri..

'innallaha la yughayyiruma biqaumin hatta yughayyiruma bianfusihim..'

jd kita kenalah berusaha utk berubah mnjadi seorang yg lebih baik dr hari semalam kerana sifat seorang mukmin itu hari ini lebih baik dr hari semalam dan hari esk lebih baik dr hari ini..

maybe setakat ni dulu perkongsian mengenai slot bersama beliau..ada banyak lg kisah2 yg beliau coretkan tp x mampu utk saya nukilkn semuanya didalam ni..alhamdulillah,mmg kita sebagai seorang manusia perlukan sesuatu pengisian rohani bg setiap minggu utk mmpringatkn kembali matlamat kita dan mgembalikan kita ke jalan yg diredhai olehNya..


Call parents

alhamdulillah,dah dpt green light menandakan my parents dah kurang busy..so,dgn berbekalkn evoiz sbyk USD5 yg ada saya pn call family yg ketika tu berada di kelana jaya..tgh bersiap sedia sebelum menaiki bas terus ke lapangan terbang KLIA..bertukar2lah bercakap ngan sume family dan saling mmberi semangat antara satu sama lain..alhamdulillah,kerinduan berkurangan..semoga mereka semua dipermudahkn utk menunaikan haji dan mendapat haji mabrur..insyaAllah..

"ahmad berdoalah moga2 lain kali kita dpt pergi lagi sekali satu family samada umrah atau haji.."pesan ummiku..

"insyaAllah ummi.." balasku dengan perasaan bercampur baur..

itulah antara kata2 yg sering tergiang2 di telinga ku sehingga kini..insyaAllah suatu hari nnt berbekalkn duit ku sendiri ak akan cuba supaya dpt ku tampung perbelanjaan utk kedua ibu bapaku ni menunaikn umrah atau haji..itu azam dan tekadku..

'Bismillahi tawakkaltu 'alallah..'

sesungguhnya hanya kepadaMu sajalah kami berserah dan meminta pertolongan..tiada Rabb melainkan engkau tempat segala pergantungan kami..

No comments: