selawat dan salam ke atas junjungan baginda s.a.w.
Alhamdulillah..hari ni sudah start kuliah semula..bertemu kembali dgn lecturer2 histology..rasanya mcm baru smlm start cuti..uish..pantasnya masa berlalu..x lama lg exam pertengahan tahun akan menjelma..
'waktu itu ibarat pedang,klu kita x memotongnya,ia akan memotong kita..'
setiap detik,masa dan ketika sangatlah berharga pd diri kita..kerana masa yg sudah berlalu pastinya tidak akan kembali kepada kita..setiap saat usia kita meningkat..maka semakin hampirlah kita dgn hari tua dan hari kematian..sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah sementara dan sebentar saja..yg didamba hanya kehidupn akhirat..kehidupn yg kekal abadi..yg didamba syurga..tempat dikumpulkn mereka2 yg dikasihi Allah..tempat kehidupn kekal abadi..2 nikmat yg sering kita lupa,nikmat masa lapang dan kesihatan..
alhamdulillah,majlis korban yg lepas berjalan lancar..lebih dr 5 unta,berbelas2 lembu dan berpuluh2 kambing disembelih di hayyu ashir..semua tu merangkumi anjuran PERUBATAN,Badan Kebajikan Anak Negeri (BAKAN) dan sebagainya..semmuanya disembelih di satu tempat..iaitu kompleks hayyu ashir..kelihatan kanak2 arab sudah menanti dan menunggu dgn riang dan meriah sejak kami masih bertakbir lg di kompleks itu..menonton mahasiswa dan mahasiswi malaysia yg sedang asyik bertakbir memuji kebesaran Allah..tidak pasti mereka pelik dgn kami semua atau ada sesuatu yg mereka nantikn..
setelah selesai solat raya dan mndengar khutbah yg disampaikan oleh datuk duta,semua bersalam2an dan bermaaf2an antara satu sama lain..dptlah brjumpa kenalan2 yg tinggal di berasingan tempat dgn adanya program sebegini..terharu rasanya bila beraya di sini..berbeza dgn malaysia,di sini jaranag dilihat masyarakat yg berpakaian serba baru,berwarna-warni sewaktu hari raya..klu ada pn,mereka adalah warga malaysia yg tinggal di sini..
dgn hanya berpakaian biasa,rakyat disini menyambut ketibaan hari raya aidiladha..ringkas dan mudah,hanya memakai jubah sahaja..jubah putih,kelabu ataupn hitam..kemeriahannya lebih tergambar dan dpt jelas dilihat sewaktu penyembelihan binatang korban..banyak binatang yg dikorbankan dan di merata2 tempat..di mana2 sahaja kita blh lihat org leksanakan korban..walaupn di tepi2 jalan..
memandangkn mesir hanya dituruni hujan beberapa kali setahun,kita boleh lihat ketiadaan longkang atau sistem perparitan di sini..darah mengalir di serata tempat hatta di tepi2 jalan raya..suasana korban di malaysia kebiasaannya sebelum dilaksanakan korban,akan digali lubang supaya darah binatang korban dpt ditimbus di situ..tp senario itu berbeza dgn mesir..gambar2 berikut mungkin blh beri sedikit gambaran mgenai suasana raya korban di mesir..
selesai melapah,beralih pd proses pmbahagian daging korban
daging korban ditimbang utk diberikan kepada golongan2 yg memerlukan bantuan
daging korban ditimbang utk diberikan kepada golongan2 yg memerlukan bantuan
darah binatang2 korban kelihatan mengalir di jalan2 raya
beginilah suasana hari raya aidiladha di mesir..mmg tampak meriah dibandingkan dgn di malaysia..di mana2 kita boleh lihat org jalankan korban hatta di tengah2 jalan..sewaktu kami sibuk melapah binatang2 korban,kanak2 arab yg menanti dr tadi sudah berebut2 utk mndapatkan kepala dan kulit binatang korban..kami sekadar mmbenarkannya..cuma sekali sekala terpaksa juga meleraikan pergaduhan yg terjadi antara kanak2 ni..sekadar sedikit perkongsian pengalaman..
Motto PERUBATAN sempena raya korban kali ni:
'PENGORBANAN MANIFESTASI KEHAMBAAN'
'PENGORBANAN MANIFESTASI KEHAMBAAN'
3 comments:
salam..
good post!
juz wondering,darah tu terbiar di jalan raya je ke?
eii ngeri nye tgok drh cm tu je..isy2
to siti nurani:
diorg mmg biar cmtu je..
just sembur2 cket..
klu hujan cket pn kdg2 naik air..
xde sistem perparitan yg proper la kt cni..
to faqiha:
sbnrnya de lg satu gmbar yg lg byk darah,tp de kesilapan teknikal,terdelete lak..hu3..
Post a Comment