Thursday, September 25, 2008

cerpen sempena ramadhan..

Najwa melangkah longlai menuju ke
kampus. Bukan kerana penat tubuhnya,
tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang
tidak kena. Najwa terasakan dirinya
ibarat belon yang tak cukup udara,
tekanan atmosfera luar yang lebih
tinggi
memenyekkan belon itu. Ramadhan telah
berlalu, separuh daripadanya. Najwa
mengkontemplasi saat-saat lepas di
dalam
Ramadhannya kali ini, apakah yang telah
dicapainya. Ditakdirkan Allah,
assignments di universiti sangatlah
banyak, yang kadang-kadang dia tidak
mampu untuk iltizam dengan tilawah Al
Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin
berlama-lama di atas sejadah, kerana
discussion di sana sini. MP3 player
berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh
Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman
jiwanya yang terasa kosong.

Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang
mensia-siakan bulan barakah ini.. Najwa
mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa
pula
kelopak matanya tersangat kering. Dia
juga letih mengenangkan, kenapa apabila
dia membaca kalamullah tidak tersentuh
jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal
ayat 2:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman
itu adalah apabila disebut nama Allah,
bergementarlah hati mereka, dan apabila
dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,
bertambahlah iman mereka dan kepada
Tuhan mereka sahajalah mereka
bertawakal

Najwa mengulangi doa yang diajarkan
Rasulallah SAW.

Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku
harapkan. Jangan tinggalkan aku
sendirian walau dengan kadar sekelip
mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa
ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain
engkau) Riwayat Abu Dawud, Ahmad.

Najwa singgah duduk di satu bench di
bawah pokok. Musim bunga kali ini
dirasakan tidak membunga-bungakan iman
di dalam hatinya.

Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku
harapkan. Dalam Najwa mengulangi doanya
itu, tiba-tiba terdetik di dalam
hatinya:

Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang
dia harapkan?

Benarkah hanya kepada Allah dia
berharap, benarkah dia berharap Allah
mengiringinya di dalam setiap
urusannya.

Najwa teringat suatu peristiwa, semasa
Najwa mengajak beberapa juniornya untuk
mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa
sangat excited kerana nampak
wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan
diri kepada Allah. Pada hari tersebut,
Najwa dipertanggungjawabkan untuk
menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah
tersebut, Siti, salah seorang juniornya
berkata kepadanya, Best la tazkirah kak
Najwa

Najwa terasakan dadanya kembang
keseronokan.

Najwa tersentak Kelopak bunga spesis
Rhododendron berterbangan ditiup angin.

Oh.. di situlah silapnya Benarkah aku
hanya mengharapkan rahmat Allah dari
amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya,
aku masih seronok dengan pujian.
Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal
itu masih diterima Allah atau tidak. Ya
Allah, benar-benar kali ini Hanya
rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan
Lebih baik sekiranya manusia benci aku
atas usaha aku, asalkan Engkau tidak
marah kepadaku

Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah
semestinya tersangat besar. Allah,
Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan
Najwa daripada lemas di dalam paya
busuk
jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang
telah melahirkan perasaan malu dalam
dirinya, lalu perasaan malu itu
menyelematkan Najwa dari ikhtilat
(percampuran bebas lelaki dan
perempuann), lalu dengan perasaan malu
itu, pakaiannya semakin sopan menepati
ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan
yang telah memilihkan teman-teman
seperjuangan yang saling memperingatkan
kepada kesabaran, keimanan dan mengajak
kepada amalan soleh.

Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk
mengendalikan program-program islami
semasa cuti musim bunga. Masya-Allah,
Allah telah beri dia keizinan untuk
berlari ke sana ke mari, kelam kabut,
berpenat-penatan untuk memikul tugasan
dakwah. Allah telah beri peluang untuk
dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut
dalam solatnya kerana ingin mengejar
urusan dakwahnya. Dia tidak dapat
iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia
tidak sempat berhenti seketika untuk
muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba
Najwa tersentak lagi..

Mengapakah kamu suruh orang lain
mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu
melupakan diri sendiri, padahal kamu
membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu
berfikir?

Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat
44,
ya benar Dia telah melupakan dirinya
sendiri. Ya Allah, benar-benar kali
ini.. aku mengharapkan Mu jangan
tinggalkan aku bersendirian bersama
urusan-urusanku.. walau pada kadar
sekelip mata, Najwa berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa
sifatnya. Manusia zalim terhadap
dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang
Maha Penyayang yang mampu menghindarkan
manusia daripada menzalimi diri mereka
sendiri.

Manusia jua mudah terasa dirinya serba
cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia
tidak perlukan sesiapa untuk membantu
urusannya. Kerana dia mempunyai
kepandaian, kekuatan fizikal dan
kelebihan untuk mengendalikan urusan
hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di
belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan
yang Maha Mengetahui sedang
memerhatikan
apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia
mengetahui apa yang berada di benak
fikiran dan lubuk jiwa insan.

Najwa terkedu.

Hah! Termenung apa tu! Najwa
disentakkan oleh temannya, Hayati.

Awak ni, terkejut saya tau! Najwa
mencebik.

Alah.. maaflah.. Assalamualaikum
Hayati tersengih sambil beri salam.

Awak dah sampai ke negeri China ke tadi
Najwa? Maaflah ganggu kembara
angan-angan awak Hayati memang terkenal
dengan sifat suka menyakat. Walaupun
begitu Hayati memang seorang yang
sangat
tajam pemerhatiannya.

Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya
kepada Hayati, Kaifa imanuki? (Apa
khabar iman kamu?).

Hayati senyum, Alhamdulillah..
Alhamdulillah I hope to stay in
Ramadhan all the time!

Najwa sambung lagi, Kongsi la tips. How
to benefit this Ramadhan!

Hayati melarikan anak matanya ke kiri
dan ke kanan. Err Saya tak pandai la
bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak
share something. Tazkirah yang saya
dengar from Sheikh masa solat tarawikh
kat musollah

Surah Al Maun ayat 4-5.

Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang
bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila
kita bersolat, yakni beribadah tetapi
kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak
rasa-rasanya kenapa, Najwa? Hayati buat
soalan KBKK pula.

Alah, mana la saya tau Awak citer je
la Najwa malas nak fikir.

Okey lah, kalau kita tengok ayat 5,
Allah cakap iaitu orang-orang yang
lalai di sekitar solat mereka.. Kalau
tengok perkataan Arab an solaatihim,
bukannay fi solaatihim. Maksudnya,
Allah
cela orang-orang yang lalai di sekitar
solatnya, iaitu di luar solatnya dia
lalai. Bukan referring to orang yang
lalai within his/her solat. As if,
orang
tu dah defeat the purpose of solatnya
kerana solatnya masih tidak dapat
melindungi dirinya daripada berbuat
maksiat apabila dia selesai solatnya.
Itu sebab Allah cela

Macam kita lah, kalau dok dalam
halaqah, kita asyik cerita pasal kena
amar maruf nahi mungkar Tapi kalau di
luar halaqah, kita tak buat pun apa
yang
kita perkatakan tu.. What is the
purpose
of the halaqah to begin with? Hayati
berkata.

Najwa tertunduk. Jazakillah ukhti

Hayati berkata, Awak ni cam ade problem
je

Najwa melarikan pandangannya, Hmm..
Biasalah, hati kurang sihat.

Hayati berkata lagi, Alhamdulillah..
Awak masih dapat rasakan sama ada hati
awak baik ke tidak. Rasulallah pernah
cakap, sapa yang dalam saat imannya
rendah, tapi masih berpegang kepad
Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah
mendapat petunjuk

Iman kita memang ada up-s and down-s.
Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah
nak kasi clue kepada kita. Betapa
sebenarnya seronok dan indah apabila
iman kita baik. Allah nak beritahu kita
bila kita tengah down ni, bahawa Allah
rindu dengar kita merintih dan mengadu
kepadanya..

..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi,
Allah berfirman wahai malaikat,
turunkanlah musibah ke atas hambaKu,
kerana aku rindu mendengar dia merintih
kepadaKu

You know what, NajwaAsalnya , kita tak
perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa
yang kita buat atau kejahilan yang kita
buat.. Sebab Allah memang dah tau pun.
Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap
kepadaNya, supaya kita lebih akrab
kepada Allah Hayati mengusap-usap
kepala Najwa.

Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya
basah juga kelopak matanya!

Benarlah, bertafakur lebih baik
daripada
solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa
qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan
langkahnya selepas ini mengharungi
saat-saat terakhir Ramadhan, diterima
oleh Allah.

salam pembuka bicara..

Alhamdulillah...
akhirnya dpt jugak mewujudkn blog..
insyaAllah akan diisi dgn prkara2 yg brmanfaat..
sedikit tazkirah utk diri sndiri yg sering alpa dan juga tazkirah pd pembaca blog ini..
insyaAllah..
semoga usaha kecil ini mndapat rahmat dan tidak tersasar dr tujuan sebenar blog ini diwujudkn..