Monday, August 17, 2009

Ramadhan dan ragam manusia

Bismillahirrahmanirrahim


Pelbagai gelagat manusia dapat diperhatikan.Setiap individu dengan ragamnya tersendiri.Ragam manusia yang terzahir hasil cerminan peribadi mereka.Ada yang baik dipandang mata dan ada yang kurang sedap dipandang.Fitrah manusia itu dijadikan berbeza2 sifatnya yang mewarnai kehidupan ini.Apabila wujudnya berbeza2 sifat ini jadi wujudnya interaksi antara manusia dengan keadaan saling memerlukan antara satu sama lain.Perlukan nasihat satu sama lain untuk perbaiki diri.Perlukan kerjasama antara mereka dalam melaksanakan sesuatu matlamat.Maha Suci Allah yang telah ciptakan semua ini dengan penuh hikmah yang nyata dan tersembunyi.


Alhamdulillah rejab sudah berlalu,sya'ban hampir berakhir dan ramadhan akan kunjung tiba tidak lama lagi.Masa akan sentiasa berlalu tanpa menunggu kita.Begitu juga ramadhan yang akan tetap tiba tanpa mengira kita sudah bersedia ataupun tidak.Kerugian besarlah bagi orang yang tidak mempersiapkan dirinya untuk ramadhan, orang yang melalaikan dirinya dan terlalai untuk meraikan ibadah di bulan ramadhan.Sedangkan ramadhan datang hanya sekali setahun.



Peringatan dari Rasulullah

Pernah suatu ketika ketika Nabi Muhammad hendak naik tangga ke atas mimbar,baginda berkata,"amin" pada tangga pertama.Kemudian baginda melangkah ke tangga kedua baginda berkata lagi "amin".Kemudian baginda melangkah lagi ke tangga ketiga baginda mengulangi lagi "amin".

Maka para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin,(sebanyak tiga kali) wahai Rasulullah?” Nabi Muhammad bersabda:

“Telah datang malaikat Jibril kepadaku dan ia berkata : 'Celakalah seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!', maka aku berkata : 'Amin'.

Kemudian Jibril berkata lagi. 'Celakalah seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin' “.

Kemudian Jibril berkata lagi.'Hai Muhammad celakalah seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin'."
[Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]


Suasana Malaysia Mesir

Wujudnya dua situasi berbeza yang dapat diperhatikan dan ditafsirkan antara negara Malaysia dan Mesir.Kebanyakan masyarakat di Malaysia bimbang dan sibuk apabila tibanya ramadhan.Bimbang tidak dapat cuti untuk beraya di kampung halaman.Bimbang baju raya tidak sempat siap ditempah sedangkan masih belum menjangkau ramadhan dan masih di dalam bulan sya'ban.Masyarakat mula sibuk memperkatakan mengenai persiapan syawal.Sana sini masyarakat banyak membicarakan bagaimana perancangan untuk bulan syawal.Warga tua dan anak kecil semuanya terkesan dengan pebudayaan ini.Mereka sibuk membeli belah untuk syawal sehingga penat seharian dan tidak mampu untuk berdiri 20 rakaat terawikh apatah lagi untuk bangun berqiamullail di tiga perempat malam.Pembudayaan meraikan ketibaan syawal yang terlampau sehinggakan ramadhan seperti tidak diendahkan dan dianggap hanya salah satu bulan biasa di dalam bulan2 Islam.Tidak lebih dan tidak kurang.Sedangkan di dalam bulan Ramadhan terkandung pelbagai rahsia2 yang tersembunyi.


Berbeza situasinya di Mesir.Menjelangnya ramadhan,masyarakat di sini mula meraikannya dengan warna warni poster2 berkenaan ramadhan.Ada sesetengahnya memasang lampu2 bagi memeriahkan lagi suasana untuk menanti ramadhan.Warga tua dan anak kecil sudah mula mengucapkan 'Ahlan ya Ramadhan'.Bila bertemu,saling mendoakan agar ramadhan dapat diisi dengan ibadah yang diterima di sisi Allah dan diberikan keampunan.Masjid2 mula dipersiapkan untuk menerima jemaah terawikh Ramadhan.Pembudayaan al-Quran bertambah rancak.Di mana2 sahaja akan kelihatan orang sedang tadarus al-Quran hatta di dalam bas atau metro yang penuh sesak.Di mana2 sahaja terlihat al-Quran tersemat kemas di dalam poket mereka.Apabila ada saja waktu senggang,al-Quran terus dicapai.Pembudayaan menghidupkan ramadhan sangat ketara di sini sehinggakan kita akan terasa untuk turut serta berlumba2 dalam beribadah.

Bilalah saatnya masyarakat Malaysia akan bermula pembudayaan menghidupkan ramadhan?



Matlamat Ramadhan

Apa matlamat kita dalam bulan ramadhan ini?Jika ditanyakan pada adik2 di sekolah rendah mungkin matlamatnya adalah untuk berpuasa penuh dalam bulan ramadhan tanpa mencuaikan walau sehari pun.Bila ditanyakan pada adik2 di sekolah menengah mungkin matlamatnya supaya ramadhan kali ini dapat mengkhatamkan dua kali al-Quran.Bila ditanyakan pada pelajar2 universiti,wajarnya matlamat mereka lebih jauh dari matlamat adik2 di sekolah rendah dan menengah.Matlamat tersebut sudah pasti berbeza2 berdasarkan pada tahap kefahaman Islam individu dan tahap pencapaiannya pada ramadhan yang lepas.

Walau apa pun matlamat anda,biarlah matlamat itu suatu peningkatan dalam ibadah berbanding pencapaian ramadhan anda yang lepas.Sekirnya ramadhan anda yang lepas anda telah puasa penuh,khatam sekali al-Quran,sembahyang terawikh 20 rakaat penuh,qiam setiap minggu sekali maka tingkatkanlah target amalan anda untuk ramadhan kali ini.kita boleh tambahkan untuk menghidupkan 10 malam terakhir ramadhan,sedekah duit sebanyak rm1 atau 1 LE setiap hari,lazimi mathurat pagi petang dan lain2.Sekiranya anda hanya bermatlamat untuk puasa penuh di bulan ramadhan sedangkan anda sudah besar panjang,bimbanglah sekiranya diri anda termasuk dalam kalangan orang2 yang rugi kerana ramadhan yang datang kali ini tidak semestinya akan datang lagi pada anda pada tahun2 depan.


Kita boleh ambil contoh saidina Umar mengenai persiapan beliau bagi kematian
menjemputnya.Bagaimana beliau berkata : "hari ini mungkin orang memperkatakan bahawa fulan bin fulan telah meninggalkan kita dan dunia.Pada masa akan datang pula akan tiba masanya orang berkata umar alKhattab telah meninggalkan kita dan dunia."

Mati itu adalah suatu yang pasti.Persoalan dan pertanyaan mungkar nakir akan menemani kita di dalam kubur kelak.Sekiranya baik timbangan amalan kita,maka jadilah kubur kita salah satu dari taman2 syurga.Jika sebaliknya,maka jadilah kubur yang sempit lagi menghimpit ditemani binatang2 berbisa yang menyeksa pada setiap masa atas kelalaian kita.Tapi kita masih leka dan gembira dengan dunia seolah2 kematian hanya akan menjemput setelah keluarnya uban di kepala,setelah wujudnya kedut2 di muka ataupun setelah pinggang berbongkok tiga.Tertipulah orang2 yang berfikir sedemikian rupa.Kita hanya hidup sebagai hamba.Hidup mati kita pada masa akan datang ditentukan oleh pencipta.

Jadi rebutlah peluang yang datang setahun sekali ini.Masih tidak terlewat untuk kita perbetulkan mind-set kita berkenaan ramadhan dan masih tidak terlewat untuk kita bersiap sedia mental dan fizikal menanti ketibaannya.Sekiranya ini ramadhan terakhir kita,biarlah ramadhan ini juga merupakan ramadhan terbaik kita.Hidupkanlah bulan ramadhan kali ini walaupun orang memandang pelik ke atas kita kerana Rasulullah telah awal2 mengingatkan bahawa di akhir zaman ini,orang yang membawa dan mendukung Islam akan dianggap pelik.Bulan ramadhan bulan tarbiyah Allah ke atas makhluknya.Moga kita berjaya dalam tabiyah ini.Ya Allah,jauhkanlah kami dari tergolong dalam golongan hamba2Mu yang melalaikan tugas dan ibadah kepadaMu.Berilah kami berjaya dan thabat di atas jalan ini.

Allahumma ballighna wa bariklana fi ramadhan.amin.