Monday, June 13, 2011

Derita tidak selamanya

Sahabat, aku lihat engkau dalam kemurungan.

Kau sedang bersedih ye? Kenapa engkau bersedih sahabat?

Kau dalam derita?

.......

Sabarlah sedikit wahai sahabat.

Sahabat, kau tahu, kau patut bersyukur kerana derita kau ini hanya di dunia.

Bila derita di dunia, derita itu hanyalah secebis sahaja.

Kerana di akhirat, Allah telah sediakan syurga buat hambanya yang bersyukur dan bersabar.

Syurga itu nikmat yang tersangat besar dibanding dengan deritamu di dunia.

Di sebalik deritamu sahabat, masih banyak nikmat yang engkau boleh syukuri.

Usah dilihat jauh, lihat sahaja pada dirimu sendiri sahabat.

Sejauh mana nikmat yang kau ada sekarang ini telah kau syukuri?

Sahabat, kesedihanmu adalah kesedihanku.

Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Bersabarlah dengan ujian yang menimpa.

Aku sayang kamu sahabat.

Kau adalah sahabatku, kau adalah diriku.


"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya baik baginya dan kebaikan itu tidak dimiliki kecuali oleh seorang mukmin. Apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur dan itulah yang terbaik untuknya. Dan apabila mendapat musibah ia bersabar dan itulah yang terbaik untuknya."
(Sahih Muslim no. 7500 hal. 1295)



Wallahu'alam.