Saturday, April 16, 2011

Bertangguh

"Nanti la.."

"Esok2 aku buat.."

"Awal lagi la ni.."

"Releks dulu bro.."


dan macam2 lagi kata2 yang diutarakan. Bila semakin bertimbun tugasan. Akhirnya tidak menghasilkan apa2. Jika ada hasilnya pun, cukup sekadarnya sahaja.

Bertangguh.

Akhirnya sikap ini membarah dalam diri. Menular dengan pantas tanpa disedari. Mempengaruhi amal kepada Ilahi.

Ada satu hadis dalam hadis 40 yang bermaksud :

Dari Ibnu Umar R.A beliau berkata, "Rasulullah telah memegang bahuku seraya bersabda : Hiduplah engkau di dunia seakan2 engkau seorang perantau atau musafir lalu." Ibnu Umar pernah berkata, "Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk masa matimu."
(Hadis riwayat Bukhari)

Setiap manusia itu pasti terdedah kepada panggilan maut pada bila2 masa. Beramallah seakan2 esok sudah tiada lagi. Kerana amal adalah cermin kepada keimanan kita.

Jika bertangguh dalam perkara dunia saja sudah kita terasa bebannya terus di dunia. Contohnya jika bertangguh dalam membuat ulangkaji, akhirnya tertekan dengan bahan bacaan yang terlalu banyak ketika hampir2 dengan peperiksaan.

Apatah lagi jika kita bertangguh dalam perkara berkaitan amal kepada Allah. Bebannya pasti akan terasa nanti ketika telah tamatnya tempoh hayat kita di dunia.

Apabila kita telah tamat tempoh, ketika itu tiada lagi jalan atau peluang untuk kembali.

Yang terbentang di hadapan kita hanya 2 tempat sahaja sebagai ganjaran.

Syurga atau Neraka?

Penentunya? Amal kita semasa di dunia.

Sewaktu itu baru kita sedar betapa sedikitnya amalan kita di dunia.

Sungguh, kesedaran itu pasti sudah tidak berguna.


حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ 0 لَعَلِّى أَعْمَلُ صَـلِحاً فِيَما تَرَكْتُ كَلاَّ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
"Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata, 'Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan.' Sekali2 tidak! Sungguh itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan dihadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan."
(Al-Mu'minuun : 99-100)


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami. Maka tolonglah kami menghadapi orang2 kafir. Ameen."


Muhasabah buat diriku yang dikasihi.
Moga ada manfaat bersama.

Wallahu'alam.