Thursday, December 23, 2010

Dunia yang dikejar

Manusia itu sifatnya pelupa.

Jadi suka untuk saya perkatakan beza nilai antara dunia dibanding dengan akhirat.

Agar kita dapat bermuhasabah kembali, apa yang kita kejar selama ini?

Sebagai peringatan bersama.



Nilai dunia dibanding dengan akhirat

Rasulullah bersabda,


"Demi Allah, dunia ini dibanding dgn akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke laut; air yang tersisa di jarinya ketika diangkat itulah nilai dunia."

(Hadith riwayat Muslim)


Rasulullah bersabda,

"Seandainya dunia itu ada nilainya disisi Allah, bahkan jika nilainya seberat sayap nyamuk sekalipun, tentu Dia (Allah) tidak akan sudi memberi minum pada orang kafir walau seteguk air."
(Hadith Sahih riwayat Tirmidzi)


Firman Allah SWT :

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui."
(QS, Al-‘Ankabut : 64)


Firman Allah SWT :

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri dan dia ingat akan Tuhannya, lalu dia solat. Tetapi kamu (orang yang ingkar) memilih dunia, padahal akhirat itu jauh lebih baik dan lebih kekal."
(QS, Al A'laa :14-17)



Ini cuma sebahagian sahaja dari dalil2 yang menerangkan bahawa dunia ni tiada nilaiannya jika dibandingkan dengan akhirat. Banyak lagi dalil2 yang kita dapati menerangkan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal..!


Tidak boleh ambil dunia?

Ambillah dunia sekadar keperluan kita dan bersederhanalah! Jadikan ia sebagai ladang untuk kita bercucuk tanam agar kita dapat memetik hasilnya dan peroleh manfaatnya di akhirat.

Islam datang untuk mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia dan membawa kepada keluasan akhirat. Bila kita sudah sedar, berubahlah kepada yang lebih baik.

Kita sebagai manusia sudah dikurniakan mata, tapi sedihnya keban

yakkan dari kita tidak dapat melihat. Bukan kerana mata kita yang buta, tetapi hati itu yg telah berkarat.


'Ala kulli haal, mohonlah moga2 Allah sinari hati kita dengan nur hidayah dan mengampunkan keterlekaan kita selama ini. Ameen.



Gambar hiasan



Thursday, October 28, 2010

Pemuda

Kadang2 pemuda itu mudah terlupa tujuan atau agenda sebenar penghidupan mereka bila mereka dibiarkan tanpa peringatan.
Lebih2 lagi dalam keadaan hidup serba mewah/cukup untuk diri sendiri.
Bergelumang dan seronok dengan 'kesempitan' dunia hingga lupakan 'keluasan' akhirat.

Bila pemuda sudah terlupa agenda sebenar penghidupan mereka, siapa lagi yang kita harapkan untuk mendokong & menghidupkan risalah Islam ini...? Siapa lagi yang kita harapkan untuk menggalas misi Islam yang besar ini...?




مَا عِنْدَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"(Sebenarnya) Apa yang ada pada kamu akan habis dan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal ; dan sesungguhnya Kami membalas orang2 sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."
(An-Nahl : 96)

Muhasabah bersama.
Moga thabat.

Wallahu'alam.

Thursday, July 29, 2010

Sedar tidak sedar

Bismillah,


Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah yang dikasihi. Atas penat jerih dan usaha baginda, dapat lagi kita merasai nikmat iman dan Islam hingga ke hari ni alhamdulillah.

Pada 'post' kali ni, ada beberapa perkara untuk saya coretkan di sini.


PERTAMAnya, sedar tidak sedar, sudah lama saya tidak meluangkan masa untuk menulis didalam blog ini. Mohon maaf pada semua atas kelemahan saya tidak mampu beristiqamah dalam menulis lagi. Betapa beratnya untuk kita beristiqamah dalam melakukan perkara2 kebaikan. Meskipun berat, tetapi tidak mustahil juga untuk kita berjaya istiqamah dengan memahami bahawa segala yang dilakukan kita semuanya dalam skop ibadah kepada Allah selagi perkara yang dilakukan tersebut tidak membawa kepada kelalaian dan berlandaskan syara'.

KEDUAnya, sedar tidak sedar, saya sudah berada di tanah air untuk sementara waktu selagi cuti masih berbaki. Cuti jika tidak diisi dengan perkara2 dan aktiviti bermafaat pasti akan membunuh jiwa seorang pemuda. Saat ini la seorang pemuda itu akan diuji samada dia memilih untuk mengisi masa lapangnya dengan perkara2 berfaedah atau kerehatan. Jika dia memilih kerehatan, masanya berpotensi terisi dengan perkara yang melalaikan yang boleh mendorong pada melakukan perbuatan2 berunsur kemaksiatan. Menurut Dr. Amru Khaled, MASA LAPANG BAGI PEMUDA=AWAL MAKSIAT.

KETIGAnya, sedar tidak sedar juga, kita sudah berada pd penghujung bulan Sya'ban. Ini bermakna tidak lama lagi madrasah Ramadhan akan dibuka (moga kita diberi kesempatan untuk menemuinya). Bagaimana persediaan kita setakat ini dr sudut ibadah? Jawapannya ada pada individu itu sendiri. Saya sedang berusaha untuk meningkatkan diri dr sudut tersebut.

KEEMPATnya, sedar tidak sedar, isu umat Islam Palestin semakin lama semakin tenggelam dan jauh dr hati dan perhatian umat Islam setelah berlangsungnya piala dunia yang lepas. Usah biarkan diri kita terperangkap dalam golongan yang Palestin semakin menjauh dr hatinya. Tingkatkan usaha kita dalam mengambil tahu isu semasa di sana. Bagaimana agaknya keadaan mereka dalam menyambut Ramadhan?? Moga Allah sentiasa merahmati pejuang2 Islam di sana.

KELIMAnya, sedar tidak sedar, berlaku peningkatan mendadak dalam keruntuhan akhlak remaja Islam khususnya di Malaysia. Zina berleluasa. Keruntuhan institusi keluarga. Bila mana nafsu beraja dalam diri seorang manusia, sikap mereka tak ubah seperti binatang bahkan lebih sesat(teruk) dari binatang. Di mana sebenarnya punca permasalahan ini? Kerajaan? Media? Ibu bapa? Jika kita meneliti dengan sebaiknya, nyatalah permasalahan berpunca daripada diri kita sekiranya kita hanya mengambil sikap 'wait and see others action'. Individu yang sedar tanggungjawabnya akan sentiasa berusaha meningkatkan kefahaman Islam dalam dirinya pada masa yang sama berusaha menyampaikan kefahaman Islamnya pada masyarakat sekitar.


***************************


Setuju atau tidak jika saya katakan..

- Pastinya kita semua merindukan tulisan2 dan blog2 yang berjaya mengingatkan kita pada Allah bukannya tulisan dan blog yang penuh dengan cacian dan makian terhadap kelompok manusia lain dan tulisan2 yang menjauhkan diri kita dari mengingati Allah.

- Pastinya kita merindukan untuk melihat dan menjadi pemuda yang berfikiran jauh dengan menganggap kerehatan mereka hanya setelah sebelah tapak kaki mereka berjaya menapak ke dalam syurga.

- Pastinya kita merindukan suasana masyarakat sekeliling yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amal ibadat tidak kira sewaktu bekerja, di dalam bas, keretapi di masjid2 dan di serata tempat.

- Pastinya kita merindukan keamanan di tanah air kita termasuk Palestin. Masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni dan menghormati pendapat satu sama lain. Pemimpin yang adil dan saksama sehingga tidak lagi wujud orang miskin dan pengemis.

- Pastinya kita merindukan dikelilingi pemuda2 yang hatinya dekat dengan Allah. Segala tingkah lakunya mengingatkan kita pada Allah sehingga berjaya mengesani diri kita untuk berusaha mengabdikan diri kepada Allah.


****************************


Percaya dan yakinlah saudara! Kerinduan kita pasti akan terubat! Kemenangan untuk Islam itu pasti akan terzahir suatu hari nanti dari jalan yang Allah tentukan! Menjadi sunnatullah setiap perkara yang berlaku mengambil masa dan ada proses2nya. Ayuh bersegera dan beusaha mengambil bahagian dalam perjuangan merealisasikan kemenangan Islam. Elakkan diri anda dari tergolong dalam golongan terkebelakang atau menjadi pemerhati semata2. Masuklah ke dalam gelanggang dakwah ini. Bersemangatlah. Berjiwa besarlah. Kita hamba Allah Yang Maha Kaya, bukan hamba manusia mahupun nafsu atau berhala.

“Sesungguhnya penolongmu hanyalah Allah, Rasul-nya dan orang-orang yang beriman, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, seraya tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sungguh, pengikut (agama) Allah itulah yang menang.” (Al-Ma'idah : 55-56)



Monday, January 18, 2010

Bersama kesusahan ada kesenangan

Bismillah,

Fatrah imtihan kembali menjengah.
Rasa susah, penat dan tertekan itu suatu lumrah.
Tapi ada beberapa perkara yang perlu kita ingat dalam mengharungi 1001 rasa itu.

Jadi dalam kesibukan dan keletihan menelaah pelajaran di fatrah imtihan ini ada sedikit perkongsian video untuk renungan kita bersama.
(Kata2 di dalam video ini dipetik dari buku 'La Tahzan' karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni)


Video seterusnya pula merupakan halwa telinga untuk rehatkan minda sebentar. Kita rasa banyak kesukaran yang kita hadapi sepanjang hidup, tetapi semua itu sedikit sahaja nak dibandingkan kesenangan yang kita perolehi. Teruskanlah usaha bersungguh2 dalam menggapai matlamat dan mimpi.


Boleh juga jengah ke blog Hazim Azhar iaitu pelajar perubatan tahun 3 untuk lihat kekreatifan pelajar perubatan menghasilkan video sempena imtihan yang bakal tiba.*promote2*:)

**********************

Jadual peperiksaan '2nd year' Universiti Kaherah :
24 Jan 2010 - Physiology
27 Jan 2010 - Histology
31 Jan 2010 - Anatomy
3 Feb 2010 - Biochemistry

Jadi kami pohon agar doakan kejayaan kami semua khususnya dan seluruh pelajar yang berada dalam fatrah imtihan amnya dalam menghadapi peperiksaan mereka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata, ‘Amin dan engkau pun mendapatkan apa yang dia dapatkan.'"
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Shahih Muslim no. 2733)


Doakan saya dan kami dalam senyap.Tidak perlu beritahu.Saya tahu anda sedang mendoakan.Betul kan? :)

Sama2 kita cemerlang untuk Islam.InsyaAllah.


Wallahu'alam.