Thursday, November 12, 2009

Tingkatkan kesedaranmu


Bismillah..Alhamdulillah..

Sedikit perkongsian video yg sangat menarik.
suatu koreksi dan muhasabah utk kita sebagai umat Islam yg ingin melihat Islam kembali ke puncak..
tapi sejauh mana kita berusaha menggerakkan diri kita utk mencapai matlamat tersebut,
andainya kita tinggalkan solat khusunya subuh dan isya' berjemaah di masjid tanpa sbb yg syarie'.
peringatan khusus buat saudara seIslam.

Buat saudari seIslam,sejauh mana kita menunaikan solat khususnya subuh dan isya' di awal waktu.

dan pelbagai lagi pengajaran berguna yg dpt diambil dr video ini.

semoga beroleh manfaat.Wallahu'alam.

Monday, August 17, 2009

Ramadhan dan ragam manusia

Bismillahirrahmanirrahim


Pelbagai gelagat manusia dapat diperhatikan.Setiap individu dengan ragamnya tersendiri.Ragam manusia yang terzahir hasil cerminan peribadi mereka.Ada yang baik dipandang mata dan ada yang kurang sedap dipandang.Fitrah manusia itu dijadikan berbeza2 sifatnya yang mewarnai kehidupan ini.Apabila wujudnya berbeza2 sifat ini jadi wujudnya interaksi antara manusia dengan keadaan saling memerlukan antara satu sama lain.Perlukan nasihat satu sama lain untuk perbaiki diri.Perlukan kerjasama antara mereka dalam melaksanakan sesuatu matlamat.Maha Suci Allah yang telah ciptakan semua ini dengan penuh hikmah yang nyata dan tersembunyi.


Alhamdulillah rejab sudah berlalu,sya'ban hampir berakhir dan ramadhan akan kunjung tiba tidak lama lagi.Masa akan sentiasa berlalu tanpa menunggu kita.Begitu juga ramadhan yang akan tetap tiba tanpa mengira kita sudah bersedia ataupun tidak.Kerugian besarlah bagi orang yang tidak mempersiapkan dirinya untuk ramadhan, orang yang melalaikan dirinya dan terlalai untuk meraikan ibadah di bulan ramadhan.Sedangkan ramadhan datang hanya sekali setahun.



Peringatan dari Rasulullah

Pernah suatu ketika ketika Nabi Muhammad hendak naik tangga ke atas mimbar,baginda berkata,"amin" pada tangga pertama.Kemudian baginda melangkah ke tangga kedua baginda berkata lagi "amin".Kemudian baginda melangkah lagi ke tangga ketiga baginda mengulangi lagi "amin".

Maka para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin,(sebanyak tiga kali) wahai Rasulullah?” Nabi Muhammad bersabda:

“Telah datang malaikat Jibril kepadaku dan ia berkata : 'Celakalah seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!', maka aku berkata : 'Amin'.

Kemudian Jibril berkata lagi. 'Celakalah seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin' “.

Kemudian Jibril berkata lagi.'Hai Muhammad celakalah seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin'."
[Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]


Suasana Malaysia Mesir

Wujudnya dua situasi berbeza yang dapat diperhatikan dan ditafsirkan antara negara Malaysia dan Mesir.Kebanyakan masyarakat di Malaysia bimbang dan sibuk apabila tibanya ramadhan.Bimbang tidak dapat cuti untuk beraya di kampung halaman.Bimbang baju raya tidak sempat siap ditempah sedangkan masih belum menjangkau ramadhan dan masih di dalam bulan sya'ban.Masyarakat mula sibuk memperkatakan mengenai persiapan syawal.Sana sini masyarakat banyak membicarakan bagaimana perancangan untuk bulan syawal.Warga tua dan anak kecil semuanya terkesan dengan pebudayaan ini.Mereka sibuk membeli belah untuk syawal sehingga penat seharian dan tidak mampu untuk berdiri 20 rakaat terawikh apatah lagi untuk bangun berqiamullail di tiga perempat malam.Pembudayaan meraikan ketibaan syawal yang terlampau sehinggakan ramadhan seperti tidak diendahkan dan dianggap hanya salah satu bulan biasa di dalam bulan2 Islam.Tidak lebih dan tidak kurang.Sedangkan di dalam bulan Ramadhan terkandung pelbagai rahsia2 yang tersembunyi.


Berbeza situasinya di Mesir.Menjelangnya ramadhan,masyarakat di sini mula meraikannya dengan warna warni poster2 berkenaan ramadhan.Ada sesetengahnya memasang lampu2 bagi memeriahkan lagi suasana untuk menanti ramadhan.Warga tua dan anak kecil sudah mula mengucapkan 'Ahlan ya Ramadhan'.Bila bertemu,saling mendoakan agar ramadhan dapat diisi dengan ibadah yang diterima di sisi Allah dan diberikan keampunan.Masjid2 mula dipersiapkan untuk menerima jemaah terawikh Ramadhan.Pembudayaan al-Quran bertambah rancak.Di mana2 sahaja akan kelihatan orang sedang tadarus al-Quran hatta di dalam bas atau metro yang penuh sesak.Di mana2 sahaja terlihat al-Quran tersemat kemas di dalam poket mereka.Apabila ada saja waktu senggang,al-Quran terus dicapai.Pembudayaan menghidupkan ramadhan sangat ketara di sini sehinggakan kita akan terasa untuk turut serta berlumba2 dalam beribadah.

Bilalah saatnya masyarakat Malaysia akan bermula pembudayaan menghidupkan ramadhan?



Matlamat Ramadhan

Apa matlamat kita dalam bulan ramadhan ini?Jika ditanyakan pada adik2 di sekolah rendah mungkin matlamatnya adalah untuk berpuasa penuh dalam bulan ramadhan tanpa mencuaikan walau sehari pun.Bila ditanyakan pada adik2 di sekolah menengah mungkin matlamatnya supaya ramadhan kali ini dapat mengkhatamkan dua kali al-Quran.Bila ditanyakan pada pelajar2 universiti,wajarnya matlamat mereka lebih jauh dari matlamat adik2 di sekolah rendah dan menengah.Matlamat tersebut sudah pasti berbeza2 berdasarkan pada tahap kefahaman Islam individu dan tahap pencapaiannya pada ramadhan yang lepas.

Walau apa pun matlamat anda,biarlah matlamat itu suatu peningkatan dalam ibadah berbanding pencapaian ramadhan anda yang lepas.Sekirnya ramadhan anda yang lepas anda telah puasa penuh,khatam sekali al-Quran,sembahyang terawikh 20 rakaat penuh,qiam setiap minggu sekali maka tingkatkanlah target amalan anda untuk ramadhan kali ini.kita boleh tambahkan untuk menghidupkan 10 malam terakhir ramadhan,sedekah duit sebanyak rm1 atau 1 LE setiap hari,lazimi mathurat pagi petang dan lain2.Sekiranya anda hanya bermatlamat untuk puasa penuh di bulan ramadhan sedangkan anda sudah besar panjang,bimbanglah sekiranya diri anda termasuk dalam kalangan orang2 yang rugi kerana ramadhan yang datang kali ini tidak semestinya akan datang lagi pada anda pada tahun2 depan.


Kita boleh ambil contoh saidina Umar mengenai persiapan beliau bagi kematian
menjemputnya.Bagaimana beliau berkata : "hari ini mungkin orang memperkatakan bahawa fulan bin fulan telah meninggalkan kita dan dunia.Pada masa akan datang pula akan tiba masanya orang berkata umar alKhattab telah meninggalkan kita dan dunia."

Mati itu adalah suatu yang pasti.Persoalan dan pertanyaan mungkar nakir akan menemani kita di dalam kubur kelak.Sekiranya baik timbangan amalan kita,maka jadilah kubur kita salah satu dari taman2 syurga.Jika sebaliknya,maka jadilah kubur yang sempit lagi menghimpit ditemani binatang2 berbisa yang menyeksa pada setiap masa atas kelalaian kita.Tapi kita masih leka dan gembira dengan dunia seolah2 kematian hanya akan menjemput setelah keluarnya uban di kepala,setelah wujudnya kedut2 di muka ataupun setelah pinggang berbongkok tiga.Tertipulah orang2 yang berfikir sedemikian rupa.Kita hanya hidup sebagai hamba.Hidup mati kita pada masa akan datang ditentukan oleh pencipta.

Jadi rebutlah peluang yang datang setahun sekali ini.Masih tidak terlewat untuk kita perbetulkan mind-set kita berkenaan ramadhan dan masih tidak terlewat untuk kita bersiap sedia mental dan fizikal menanti ketibaannya.Sekiranya ini ramadhan terakhir kita,biarlah ramadhan ini juga merupakan ramadhan terbaik kita.Hidupkanlah bulan ramadhan kali ini walaupun orang memandang pelik ke atas kita kerana Rasulullah telah awal2 mengingatkan bahawa di akhir zaman ini,orang yang membawa dan mendukung Islam akan dianggap pelik.Bulan ramadhan bulan tarbiyah Allah ke atas makhluknya.Moga kita berjaya dalam tabiyah ini.Ya Allah,jauhkanlah kami dari tergolong dalam golongan hamba2Mu yang melalaikan tugas dan ibadah kepadaMu.Berilah kami berjaya dan thabat di atas jalan ini.

Allahumma ballighna wa bariklana fi ramadhan.amin.

Thursday, June 11, 2009

Doaku pohon..

lagu ni sgt bermakna jika diteliti setiap bait liriknya..
sgt bererti bagi diriku..
mereka yang keluar menuntut ilmu kerana Allah dianggap berjihad di jalannya sehingga kepulangan mereka..



inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..

baru2 ini,warga kaherah di kejutkan dengan musibah kemalangan yang menimpa senior Gen6 universiti kaherah (tahun3)..
5 orang yg terlibat..berita lanjut di sini

biarpun pahit,terpaksa juga kita terima ketentuan Allah..

2 orang sudah stabil..saif dan fitri@otai
2 orang kurang stabil..aman dan eckem
doaku moga Allah memberikan keselamatan pada mereka berempat..

dan seorang telah kembali ke rahmatullah iaitu ammar zulkifli (ketua batch Gen6)..
doaku moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan tempatkannya bersama para solihin..
kehilangannya begitu terasa walaupun Allahyarham adalah senior saya..
beliau telah banyak menolong berkenaan urusan batch sewaktu aku mula2 berada di sini..

ingatlah!
kita juga pasti akan menyusul..persediaan dan bekalan kita macam mana?
sama2 muhasabah diri kembali..
ini satu kehilangan yang perit dan pengajaran yang besar ke atas diri kita..
cuma terpulang kepada diri kita mahu mengambil pengajaran ataupun tidak..

Allahumma innaka afuwwun karim tuhibbul 'afwa fa'fuanna..

Alfatihah..

Wednesday, June 10, 2009

Mimpi,amalan dan tragedi

Alhamdulillah..berjaya jgk sy brpuasa lebih sebulan drpd posting sebarang prkara dlm blog ni..bukanlah kerana tiada idea..tp kerana exam yg brlangsung selama 3 bulan..first time exam lama macam ni..

begitu memenatkan dan memerlukan stamina yang tinggi..macam pertandingan marathon..jauh penamatnya..

2 bulan dah brlalu dan tinggal lg sebulan untuk oral exam sblm brmula tiga bulan yg menceriakn bg mereka2 yg belajar di mesir ni memandangkn cuti musim panas..

semua nak balik malaysia..
jumpa ahli keluarga yang dirindui..
er..ada ke siapa2 yang nak beraya di mesir?

-------------------------------------------------------------------------------------

sbnrnya bukan itu topik yg hendak saya bicarakan kali ni..

sblm tu,saya suka utk tanya pernahkah anda bermimpi??
(angguk saje la)
pasti pernah kan..anda seorang yg normal jika pernah bermimpi dan abnormal jika x pernah bermimpi..

pernahkah anda bermimpi suatu yang mengerikan?
kadang2 mimpi seperti ini sangat menginsafkn..
saya sendiri alami mimpi seperti ini..
berada di alam mimpi ibarat berada di dunia realiti..

anda pernah bermimpi anda hampir dibunuh?
kalau x pernah,saya pernah..
bukan saya nak cerita sangat yang saya pernah mimpi sebegini rupa..
sekiranya mimpi sebegini,jangan lupa bila terjaga tu istighfar dan selawat banyak2..
tapi bagi saya,mimpi ini betul2 memberi seribu satu pengajaran..
sebab itu saya suka hendak kongsikan supaya sama2 kita ambil pengajaran..
bayangkan bila diri anda hampir ditikam,apa yang anda boleh ingat lagi waktu tu selain syurga,neraka dan amalan anda...

"kemanakah aku akan pergi selepas ini?"

saya x dapat menafikan,sewaktu mimpi tu ada satu ayat yang terpacul dari mulut saya..
(terpacul keluar dalam mimpi la sewaktu hendak ditikam)

"saya masih kurang amalan lagi..tolong jangan bunuh saya.."

waktu tu segala dosa yang telah dilakukan bermain kembali di depan mata..
selepas itu terus orang yang hendak bunuh saya itu menghilang..
owh..rupanya saya dah terjaga dari mimpi..
menginsafkan bukan?atau anda tiada rasa apa2 dan merasakan ianya hanya sekadar mimpi biasa..
mungkin anda patut alami sendiri mimpi sebegini rupa..
baru anda rasa bagaimana perasaan anda sewaktu hendak mati itu..
(saya tidak lah ceritakan secara penuh mimpi itu..rasanya tidak perlu kn..)

orang yang amalan solehnya banyak,ikhlas dan menjauhi maksiat,pasti bersedia untuk menghadapi kematian pada bila2 masa..
pasti tidak menolak kematian bila malaikat maut menjemput..sebab mereka sudah dapat melihat bayangan syurga..

berbeza dengan orang yang amalannya sedikit dan banyak melakukan maksiat..dirinya x bersedia untuk kematian kerana neraka terbayang di matanya..na'uzubillah...

melalui mimpi itu saya termuhasabah diri balik..saya terkenang dosa2 silam dan terkini yang telah saya lakukan..


رَبَّنَا إِنَّنَا ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka"

----------------------------------------------------------------------------------------

TRAGEDI

satu lagi peristiwa yang benar2 menyayat hati saya..
ada sedikit kaitan dengan bahagian mimpi yang saya tidak ceritakan..

peristiwa ini berlaku ke atas saudara seaqidah kita di selatan Thailand..

mereka dibunuh dengan kejam sewaktu sedang menunaikan solat isya' secara berjemaah di dalam masjid..

anda boleh baca berita penuhnya di sini

hal ini sangat menyentuh sentimen masyarakat Islam kerana masjid sebagai suatu pusat ibadat umat Islam telah dicemarkan dengan tragedi sebegini rupa..

bagaimana jika hal sebegini rupa berlaku di kawasan anda?anda bersedia untuk hadapi kematian secara tiba2 dengan amalan anda sekarang?

sama2la kita muhasabah diri kita kembali dan doakan saudara keselamatan saudara seaqidah kita di selatan Thailand..


رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Wahai Tuhan kami,limpahkanlah kesabaran ke atas kami,tetapkan dan kukuhkanlah pendirian kami dan bantulah kami ke atas mereka yang mengingkari"


رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

Monday, April 13, 2009

Jom ingatkn..!

"eh,bnda yg dia buat ni x berapa betul dgn yg islam anjurkn.boleh ko tlg tegur dia?secara baikla." soal saya pd seorg sahabat.

"erk.ak susah la nk tegur dia.nnt terasa hati plak dia.jd x rapat." keluhan berat diluahkn.

terpaksa cari org lain utk diminta bantuan.

"ak akan tegur jgk,tp ko pn tlg tegurkn skali boleh?" soal sy mengharap.

"eh,ak x rapat dgn dia.cmne ak nk tegur.susah la.kena tunggu rapat dulu.lgpn ak sndiri 'still' mcm ni.teruk jgk." keluhan demi keluhan dilepaskn.

kelu rasanya.kt siapa boleh ak mintak tlg lg?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tanggungjawab siapa??

Perkara ni bukan la suatu perkara yg baru.

segan.takut.jd siapa yg bertanggungjwb utk berpesan2 pd kebenaran dan kesabaran?

  • sahabat karib?eh,x boleh,takut hubungan renggang.
  • sahabat biasa?x rapat pulak.tunggu la rapat duluu.
  • rasa diri masih teruk?jd bila lg nk berubah?

akhirnya,dakwah ke arah kebaikan terkulai begitu sahaja.

sikap yg patut ditegur tidak ditegur.

akhirnya mad'u ni terus terleka dgn sikapnya.

salah siapa?kita bersalah atau x?

bimbang.bimbang prkara ni mnjadi dalil pd mad'u tersebut di akhirat.

"Ya Allah,si fulan ni x pernah menasihatkn sy pn dulu."

akhirnya,sedikit demi sedikit pahala kita dikikis di akhirat akibat kecuaian kita dlm laksanakn tanggungjwb sehingga jdlah kita org yg muflis.

sebabnya?dipertanggungjwbkn dan dipersalahkn kerana x menyampaikn atau berpesan2 pd kebenaran.

na'uzubillahi min zalik.

pd masa yg sama,dakwah sbnrnya melatih kita utk perbaiki diri sndiri.

mulut org yg bercakap,lebih dekat dgn telinganya utk dibandingkn dgn telinga mad'u.

jd,diri masih teruk bukanla suatu alasan pengecualian utk kita x berdakwah.

kita juga perlu berubah!

perlu diingati bahawa dakwah bukan hanya terletak pd skop ajak ke majlis ilmu,bahkan lebih dr tu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"eh,kesian kt 'lecterur' tu.boleh x korang perlahankn suara cket.tak sembang trus buat masa ni lg bgs!selepas ni bkn tak boleh sembang dh." kata ahmad smbil tersenyum.

"hehe.orait2.sory2." balas mereka smbil senyum dgn bersalah.

terus hentikan perbualan dan mula fokus.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sedar x sedar,berlaku dakwah di situ.dakwah berlaku bila mana kita ajak pd kebaikan.

ini antara contoh dakwah yg paling mudah.

berat sgt ke beban dakwah ni?

pd zaman ni mmgla berat.kerana suasana akhir zmn ni sememangnya pelbagai fitnah melanda.

lebih2 lg bila wujudnya 2 golongan:

  1. org yg jahil,tp berani berhujah.
  2. org yg alim,tp bersikap takut utk menyampaikn.

dakwah org ke arah islam sbnrnya mnjadi tanggungjwb setiap individu muslim.

Firman Allah yang bermaksud:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)


sepatutnya kita berlumba2 dlm mgajak sahabat ke arah kebaikan kerana ganjaran yg dijanjikn Allah sgtla lumayan sepertimana disampaikn Rasulullah.

“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik
bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)


ganjaran yg bakal diperolehi dah diketahui dan dibocorkn.masih x nk berebut utk mgajak org pd islam??

Tidur nyenyak

kita ibarat org yg tidak tidur di kala org lain nyenyak tidur lena.

kita sedar berlaku kebakaran.jd perkara pertama yg perlu kita lakukan pastinya adalah kejutkn mereka2 yg nyenyak tidur terlebih dahulu sblm kita memaklumkn kebakaran yg sedang berlaku.

sebelum kita memaklumkn mengenai kebakaran tersebut pastinya ada cercaan yg diterima dr sebahagian mereka apabila kita mganggu tidur mereka.

begitu jugalah dakwah.ada kalanya cercaan ataupn sindiran pasti kedengaran.

tapi kita perlu tabah sekiranya kita yakin inilah jalan yg blh mmbawa kepada kesejahteraan kita dan sahabat kita.

seni2 dan marhalah dlm dakwah juga perlu difahami..ada garis panduan yg telah ditetapkn supaya ianya lebih berkesan.

teknik2 utk menasihati juga perlu tepat.seorg da'ie seharusnya pndai mencari peluang utk menyelitkn unsur dakwah dlm perbualan mereka.

bg sesetengah pemain bola muslim,ada yg berdakwah secara x langsung dgn bersujud syukur bila menjaringkn gol,bersolat di tengah padang sblm bermula perlawanan bola sepak dan sebagainya.

itu dakwah mereka.

anda pula bagaimmana?apa yg telah anda lakukn?bagaimana cara dakwah anda skrg ni?

xkn anda baik hanya utk diri sndiri?x nk smpaikn pd sahabat2 yg lain?

renung2kn dan sama2lah kita beramal.tlg menolong utk mewujudkn suasana ini dlm persekitaran kita.insyaAllah.

Thursday, April 2, 2009

Cinta mendorong kepatuhan..


"alaa.nnt aiman buatla.jap je lg."jwb aiman tatkala ayahnya meminta tolong.

leka.

bermain 'games' xbox yg baru dibelinya.hingga terlupa,siapa yg mmbelikan xbox itu untuknya.

sebelum ni,bukan main memujuk ayahnya utk mmbelikn xbox trbaru tu.

selang 2,3 jam.tetap x berganjak.xbox juga mnjadi pilihan brbanding mmbantu ayahnya yg meminta pertolongan.

trend masa kini.salahkah kita dlm mmbuat perhitungan?dlm mnyusun dan menyenaraikn perkra yg perlu didahulukn.

bingung.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"ok,nnt aiman 'fetch' mira dlm pukul9 malam ni okeh.pakai molek2."

berseri2 aiman ptg tu.mcm kera dpt bunga.mana x nyer,dia akan keluar lg bersama2 wanita yg dipujanya selama ni.

dating mereka yg entah ke berapa kali.di tepi tasik,kwsn muda-mudi bertandang tatkala dinihari.

habis.terleka seorg anak adam dgn dunia.bergelumang dgn maksiat.

maksiat yg sudah jd kebiasaan di serata pelosok dunia.

"alaa,keluar berdua je.bukan buat apa pn."

suara2 yg kedengaran utk mnyokong tindakan mereka yg salah.

syaitan tersenyum gembira.kenyang dgn manusia yg terpedaya.dan terus terleka.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"argh,bosannya lecterur ni ajar."keluh aiman.

"la ko ni.merungut2.tiap2 hari mcm x cukup tido je.apa nk jd ni?"sanggah majid,komen sikap aiman yg kelihatan semakin malas.

"haha.ak bukan pe.jemu tgk lecterur ni ajar tiap2 hari.asyik muka dia je.dah la ajar slow ngan mengarut.ddk rumah main xbox lg bestla kwn.ko apa tahu.ulat buku."jwb aiman acuh x acuh.

majid beristighfar.aiman mmg suka mengkritik dan mengutuk lecterur2 mereka.x sanggup dia hilang keberkatan menuntut ilmu mndengar umpatan aiman terhadap lecterur mereka.

abes kuliah.aiman balik rumah.mula bersemangat.

mcm biasa.sambung perjuangannya.menghabiskn mission yg tergendala smlm.football manager.

perjuangan mesti diteruskn!

mula la.bermimpi jd sprt alex ferguson dan sebagainya.

solat pn sprt patuk ayam.x nk terlambat.bimbang keluar 'games' baru.nnt x smpat 'up to date' ngan 'games' baru tu kalau 'game' ni masih x habis.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salah Letak

inilah remaja dan anak muda masa kini.kecintaannya pd sesuatu telah ditempatkn pd yg x sepatutnya.
bila silap justifikasi,jd akan salah letak sesuatu perkara.yg x utama,akan diutamakan.

  • dia lebih cintakan 'games' dia berbanding ibu bapanya.

  • dia lebih cintakan 'games' dia berbanding ilmu.

  • dia cintakan kekasih yg x syarie'nya itu.

apa yg dikehendaki oleh kekasihnya pasti dituruti.biar walaupn lautan terpaksa diredahi,akan diredahinya.

percaya atau x,kecintaan kita pd sesuatu akan mendorong kita utk mematuhi dan mentaati arahannya.
secara x langsung,perbuatan kita mencerminkn dan menzahirkn tahap kecintaan kita pd sesuatu.

  • cinta pd Allah,patuhi suruhan dan jauhi larangannya.

  • cinta pd rasulullah,lakukan sunnah baginda.hidupkn sunnah tersebut.menyemai akhlak terpuji dlm diri.

  • cinta pd ibu bapa,mmbantu mereka apabila bantuan perlu dihulurkn.mgambil 'ihtimam' nasihat mereka.

  • cinta pd ilmu,memanfaatkn setiap masa yg ada utk mendapatknnya.berusaha bersungguh2 dlm belajar.fokus!

sekiranya kita menetapkn kecintaan kita selaras dgn hierarki yg sepatutnya pasti hidup akan lebih tersusun.x tersilap langkah dlm membuat keputusan.sbb kita dpt menimbang dgn tepat yg mana satu perkara perlu didahulukn.

sekiranya kita x letakkn kecintaan kita selaras dgn hierarki yg sepatutnya:

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"alamak,result ak terukla.second last dlm ranking batch kita."sedih aiman.

"xpe aiman,masih belum trlmbat lg.ni baru ujian pertengahan semester.bukan final exam lg." majid berkata dgn nada memujuk.

"ni mesti sbb ak malas nk belajar ni." sungut aiman.

"skrg,yg akan menentukn mcm mana result final adalah diri ko sndiri.so,perubahan kena start dr skrg la.anggap ni langkah brmula utk ko maju trus ke hadapan.jgn disesalkn perkara yg dah lepas.jgn putus asa utk trus berusaha.usaha mesti dtg dulu sblm kecemerlangan." majid tenang menasihati sahabat baiknya itu.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kesannya,kita akan menyesal dgn perkara yg kita lakukan dulu.sedangkn,org yg betul dlm meletakkan peringkat kecintaannya walaupn gagal,dia sedar bahawa usaha sudah dilakukn ke arah itu.tp belum mncukupi dan Allah mahu mgujinya.jd dia akan sabar dan bersyukur.

berbeza dgn org yg salah perhitungan dalam meletakkan kecintaannya.

pasti menyesal.

percayalah.ini bukan dongengan mahupn omong2an kosong sy.

tp suatu peringatan utk mereka yg terleka.termasuk diri sy.

Thursday, March 19, 2009

Coretan panjang cuti syita' lepas..

lama dah x update blog..
berpuasa 2 bulan dr menulis..he3..
walaupn sbnrnya disebabkn wireless2 free sekitar imarah dah mula di'security'kn..
agaknya setelah menyedari kami dok guna smpai melambung tinggi bil penggunaan,he3..
moga dihalalkn..

so,byk xtvt yg sy nk coretkan sbnrnya..
xtvt yg menarik..
dan sume xtvt tu dah tinggal kenangan..
kenangan yg menggamit getaran jiwa..

cuti syita' yg lepas,satu batch uniCairo MEP08 dah bersama2 mendaki gunung sinai,dahab,kubu salahuddin dan sebagainya..
menarik jugakla..lebih2 lg bila hanya kami yg sertai bnda tu..
walaupn ikutkn perancangan asal PERUBATAN (penganjur),setiap muhafazah akan dibenarkn serami 20 org je..
takdir Allah,jd kami je yg pegi..
menarik sbb program ni secara x langsung seperti xtvt batch,he3..
dpt eratkan ikatan persaudaraan antara kami..
itulah kekuatan yg sedang cuba disemaikan dlm MEP08 ni..

so..perjalanan kami panjang jugak..blh tido lena la dlm bas tu..
ada jugak yg isi masa lapang tu dgn berzikir dan sebagainya..
wkt tu kira release jap la..setelah melalui mid-term exam..
so..xde la yg study sepanjang program ni..
di sni sy selitkn gmbr2 sepanjg perjalanan kami..

bas yg cantik!


berhenti berehat sat kt R&R

perjalanan kami panjang..sepanjang perjalanan kami melalui terowong terusan suez dan sebagainya..
kemudian kami akan singgah ke kwsn kubu tentera israel sewaktu perang israel-mesir..


tugas kita utk blaja bersungguh2..berjuang dgn mata pena..


kubu dan trek tentera israel sewkt perang israel-mesir


ziarah maqam nabi saleh

lewat malam,kami mulakan pendakian gunung sinai..
so,kami bolehla lihat panorama matahari terbit..
melihat kebesaran Allah..
so,sepanjang pendakian ada yg dah x larat naik unta..
alhamdulillah,sy sempat smpai sebelum subuh dan antara yg terawal smpai..
sempatla masuk surau yg kecik kt puncak tu..
berlindung sat dr kesejukan..
tunggu utk menunaikn solat subuh..


puncak gunung sinai


bergambar di puncak

perjalanan turun dr gunung sinai


di kawasan lembu emas samiri

setelah turun dr gunung sinai,pengembaraan diteruskn dgn melawat kwsn lembu emas samiri dan beberapa maqam nabi Allah..

salah satu maqam yg dikunjungi

next 'pit stop' kami,dahab..kawasan pantai berbatu yg cantik..di mesir..


di dahab bersama kuda yg ditunggang

sebelum balik,kami ke kwsn salah satu kubu salahuddin yg ada di mesir ni..
byk rupanya kubu salahuddin..strategik..
mcm mana kita nk mncontohi beliau??

pulau (kubu salahuddin)


bot yg akan dinaiki ke kubu salahuddin

kubu salahuddin


kwsn kubu salahuddin


jalan berliku (kubu salahuddin)


sblm balik dr kubu salahuddin


patriotik!

so,dah penat2..masa kami utk balik..
semua ni akan jd suatu lipatan sejarah dan kenangan..
yg pasti,pengembaraan ni bukan suatu pengembaraan yg biasa..
pengemabaraan yg diniatkn kerana Allah utk melihat kebesaran Allah dan kesan tamadun Islam yg lepas..
moga dgn itu,bertambahla keimanan dan semangat kita utk kembalikan kegemilangan Islam seperti mana suatu masa dahulu..
Islam akan terus mekar di hati..pd diri..insyaAllah..
Allah yusahhil lana..sesungguhnya agama di sisi Allah hanya agama Islam..

faqir ilallah...