Wednesday, December 31, 2008

kau sahabat,kau teman...

kenangan brsama di starhill


Alfu syukran khas kpd nik uqbah coz mgeditkn gmbar kenangan ni se'simplest' mgkn..

anyway,inilah kenangan kita berempat brsama..satu usrah..satu matlamat...di bwh satu naqib..dr situ mmbuahkn kuntuman2 mekar adik2 usrah yg lain..


bak kata nik uqbah,

"kita berkongsi naqib yang sama,


peroleh thaqafah dengan niat yang sama,


terima, amal dan sampai,


itu tugas kita...


~dalam kenangan2007


~2009bagaimana?


Ya, ALLAH rahmatilah kami semua, mukminin dan mukminat yang bertemu dan berpisah hanya keranamu, jadikanlah kami semua termasuk dalam kalangan golongan muflihun di dunia dan akhirat... amiin.."



ak, nik uqbah, talhah dan syahmul..hanya berempat..walau datangnya ramai sahabat2 yg baru..ukhwah yg sudah trbina xkan luput..moga ukhwah ini terus berkekalan smpai bila2..sampai hujung nyawa..insyaAllah..


*dipetik sedikit dr blog nik uqbah..^-^

Monday, December 29, 2008

Sambutan Ma'al Hijrah 1430 versi zenhom..

alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kpd Allah kerana sambutan ma'al hijrah akhirnya dapat dilaksanakan di imarah kami iaitu imarah zenhom..segala2nya berjalan lancar walaupn perancangan utk mgadakannya hanyalh dlm masa yg singkat iaitu kurang dr 24 jam..dlm kurang drpd 24 jam tu kami brbincang mgenai pmbahagian tugas masing2..

mndengar ceramah

dgn bantuan sahabat2 yg lain,dptlah dijayakan sambutan ni..walaupn pada hari tersebut kuliah berakhir pd pukul4 petang (maghrib pd pukul5 ptg),dgn keadaan fikiran yg sudah tepu dgn suapan2 ilmu yg sgt banyak dr lecturrer2 kami,kehadiran tetap sgtlah mmberangsangkn (kehadiran 99%-2 org x hadir)..tiba je di imarah,mereka terus ke 'baitul hikmah'..cukuplah utk memenuhkn ruangan dalam 'baitul hikmah' aka rumah tingkat9..penuhnya hingga masuk ke bilik2 dlm rumah ni wkt hndak menunaikn solat maghrib dan isya'..

konsentrasi tetap diberi walau penat di siang hari

antara hadaf dilaksanakn aktiviti ini semata2 bg menimbulkn rasa dan kesedaran ketibaan awal muharam..tahun hijrah yg baru 1430..oleh itu kita perlu koreksi diri brkenaan bagaimana masa2 yg lepas itu kita habiskn..dan apa azam kita utk tahun yg mndatang??ukhwah di antara batch MEP08 ini juga secara x langsung dpt dipereratkn dgn adanya xtvt bersama mcm ni..

bersemangat!

jemputan juga bkn calang2 org iaitu ustaz2 yg diimport drpd alAzhar university utk beri sedikit bicara mengupas sirah hijrah rasul junjungan ke madinah..kupasan yg diberi elok dan menarik dgn me'relate'kn situasi yg berlaku terhadap masa kini..bagaimana perancangan itu sgt penting dlm apa jua tindakan..dlm belajar juga perlukn perancangan masa dan sebagainya..

'if u fail to plan,u are planning to fail..'

ak suka nk quote sedikit kata2 ustaz tersebut brkenaan 'planning'..klu kita tgk dr sirah nabi pn kita dpt lihat bahawa mcm mana rapi sekalipun 'planning' kita,perlu disertakn tawakkal pd Allah di penghujungnya..kerana pasti ada kelemahan dlm 'planning' kita..buktinya,rasulullah telah merancang prjalanan hijrah baginda sebegitu rapi..hijrah pd waktu malam,brjalan berlawanan arah dgn madinah,meminta bantuan drpd beberapa org sprt asma' bt abu bakar dan sebagainya..tp kita dpt lihat bahawa golongan kafir tetap menemui kwsn persembunyian baginda iaitu di 'gua tsur'..lalu pd wkt tu kita blh nmpk bantuan Allah melalui peristiwa sepasang merpati mmbuat sarang di tepi gua dan labah2 juga mmbuat 'web' di pintu masuk gua..

byk 'ibrah yg dpt diambil drpd peristiwa hijrah baginda..dan ia perlu direview kembali setiap masa agar tidak luput dr ingatan kita sbg umat Islam..oleh itu,SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM kepada semua..yg mana satu kita lebihkn?tahun baru hijrah atau tahun baru masihi??pd tahun baru hijrah itu terkandung pelbagai peristiwa berbanding tahun baru masihi yg tidak berapa jelas atau x nmpk 'sigificant'nya pd umat Islam..khalifah umar alKhattab yg telah memulakan pengiraan tahun mggunakan hijrah..pastinya ada sbb mengapa beliau berbuat demikian..sama2 kita fikirkan..

pemandangan masjid Darul Quran..tenang dan mendamaikan

Wednesday, December 10, 2008

Meriah!

In the name of Allah..the most gracious and the most merciful..
selawat dan salam ke atas junjungan baginda s.a.w.

Alhamdulillah..hari ni sudah start kuliah semula..bertemu kembali dgn lecturer2 histology..rasanya mcm baru smlm start cuti..uish..pantasnya masa berlalu..x lama lg exam pertengahan tahun akan menjelma..

'waktu itu ibarat pedang,klu kita x memotongnya,ia akan memotong kita..'

setiap detik,masa dan ketika sangatlah berharga pd diri kita..kerana masa yg sudah berlalu pastinya tidak akan kembali kepada kita..setiap saat usia kita meningkat..maka semakin hampirlah kita dgn hari tua dan hari kematian..sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah sementara dan sebentar saja..yg didamba hanya kehidupn akhirat..kehidupn yg kekal abadi..yg didamba syurga..tempat dikumpulkn mereka2 yg dikasihi Allah..tempat kehidupn kekal abadi..2 nikmat yg sering kita lupa,nikmat masa lapang dan kesihatan..

alhamdulillah,majlis korban yg lepas berjalan lancar..lebih dr 5 unta,berbelas2 lembu dan berpuluh2 kambing disembelih di hayyu ashir..semua tu merangkumi anjuran PERUBATAN,Badan Kebajikan Anak Negeri (BAKAN) dan sebagainya..semmuanya disembelih di satu tempat..iaitu kompleks hayyu ashir..kelihatan kanak2 arab sudah menanti dan menunggu dgn riang dan meriah sejak kami masih bertakbir lg di kompleks itu..menonton mahasiswa dan mahasiswi malaysia yg sedang asyik bertakbir memuji kebesaran Allah..tidak pasti mereka pelik dgn kami semua atau ada sesuatu yg mereka nantikn..

suasana selepas mndengar khutbah raya oleh datuk duta..

majlis2 sebegini dpt mengeratkn ukhwah diantara pelajar2 malaysia di mesir


setelah selesai solat raya dan mndengar khutbah yg disampaikan oleh datuk duta,semua bersalam2an dan bermaaf2an antara satu sama lain..dptlah brjumpa kenalan2 yg tinggal di berasingan tempat dgn adanya program sebegini..terharu rasanya bila beraya di sini..berbeza dgn malaysia,di sini jaranag dilihat masyarakat yg berpakaian serba baru,berwarna-warni sewaktu hari raya..klu ada pn,mereka adalah warga malaysia yg tinggal di sini..

dgn hanya berpakaian biasa,rakyat disini menyambut ketibaan hari raya aidiladha..ringkas dan mudah,hanya memakai jubah sahaja..jubah putih,kelabu ataupn hitam..kemeriahannya lebih tergambar dan dpt jelas dilihat sewaktu penyembelihan binatang korban..banyak binatang yg dikorbankan dan di merata2 tempat..di mana2 sahaja kita blh lihat org leksanakan korban..walaupn di tepi2 jalan..

memandangkn mesir hanya dituruni hujan beberapa kali setahun,kita boleh lihat ketiadaan longkang atau sistem perparitan di sini..darah mengalir di serata tempat hatta di tepi2 jalan raya..suasana korban di malaysia kebiasaannya sebelum dilaksanakan korban,akan digali lubang supaya darah binatang korban dpt ditimbus di situ..tp senario itu berbeza dgn mesir..gambar2 berikut mungkin blh beri sedikit gambaran mgenai suasana raya korban di mesir..

meriah!(gambar ditangkap dr sudut pandangan rumah negeri pahang)



proses korban sedang dijalankan





antara unta2 yg ada di hayyu ashir




unta yg telah separuh dilapah kulitnya


selesai melapah,beralih pd proses pmbahagian daging korban

daging korban ditimbang utk diberikan kepada golongan2 yg memerlukan bantuan


darah binatang2 korban kelihatan mengalir di jalan2 raya

beginilah suasana hari raya aidiladha di mesir..mmg tampak meriah dibandingkan dgn di malaysia..di mana2 kita boleh lihat org jalankan korban hatta di tengah2 jalan..sewaktu kami sibuk melapah binatang2 korban,kanak2 arab yg menanti dr tadi sudah berebut2 utk mndapatkan kepala dan kulit binatang korban..kami sekadar mmbenarkannya..cuma sekali sekala terpaksa juga meleraikan pergaduhan yg terjadi antara kanak2 ni..sekadar sedikit perkongsian pengalaman..

Motto PERUBATAN sempena raya korban kali ni:

'PENGORBANAN MANIFESTASI KEHAMBAAN'

Sunday, December 7, 2008

jami' malaysia?

In the name of Allah,the most gracious n te most merciful..
selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w..

hari ni telah menyaksikan masyarakat arab sudah mula bertakbir..selepas solat zohor je mereka dah start bertakbir..berlainan dgn malaysia yg akan bertakbir selepas solat maghrib..perkara ni berlaku mungkin kerana perbezaan mazhab yg di guna pakai di antara mesir dan malaysia..walaubagaimana pn,kita semua adalah umat Islam dan perbezaan tidak sepatutnya menyebabkn perpecahan kerana kita mempunyai satu matlamat..utk menegakkan dan memakmurkan agama Islam di atas muka bumi ni..insyaAllah suatu hari nnt..
menarik utk diperkatakn situasi yg berbeza di antara masjid di mesir dan di malaysia..mungkin ada beberapa perkara yg baik di sini blh kita cuba terapkn,aplikasikan dan semaikan di malaysia..masjid di sini walupn jarak antara satu masjid dan masjid yg lain hanya dlm lingkungan 100 meter,masjid2 di sini sering diisi dgn jemaah di setiap waktu..kdgkala menjangkau separuh drpd masjid di penuhi dgn jemaah..walaupn hanya pd solat waktu..dan ia tidak hanya terhad pd golongan2 yg dikatakan akhir waktu atau tua..golongan2 pemuda juga sering ke masjid di sini..dan di sini tiada istilah surau..kesemuanya adalah masjid..dan masjidnya tidaklah sebesar di malaysia..hanya seperti rumah di antara kawasan2 perumahan..

itu dari segi kehadiran di masjid..dr segi solat pula,byk benda yg ak cukup2 terasa..masyarakat di sini sgt mengutamakan saf yg lurus dan rapat..bahu bersentuh bahu..hujung jari kaki bertemu hujung jari kaki jemaah bersebelahan..tumit diselari dan diluruskan antara satu sama lain..sekiranya ada yg x lurus,akan ditegur oleh mereka..mereka berasa selesa utk berada dlm satu saf yg lurus dan rapat..owh,indahnya..berbeza dgn kita di malaysia..dekat malaysia ak rasa sedikit pening bila ada sebahagian jemaah yg tidak mahu memenuhkn saf di depan mereka..sedangkn sudah terang2an kosong..hanya perlu diisi oleh mereka yg benar2 memahami kepentingan dan keutamaan berada pd saf di hadapan..hendak ditegur pn rasa serba salah kerana mereka adalah warga2 tua..salah tegur,ada juga yg terasa hati nnt..hal ini blh kita lihat dgn jelas terutamanya sewaktu solat terawikh..ak juga difahamkn hal ini juga berlaku dlm kalangan jemaah wanita di malaysia..malah lebih teruk..adakah kita perlu menunggu arahan dr pak imam??

"sila luruskan dan penuhkan saf2 yg kosong di hadapan anda..kerana saf yg lurus itu sebahagian dr kesempurnaan solat berjemaah.."

adakah kata2 itu yg kita tunggu baru kita akan tergerak utk memenuhkn saf di hadapan kita?kenapa x berebut2 utk berada di saf yg terutama..saf paling depan?pelik manusia zaman sekarang ni..ni baru utk bersolat,belum utk berperang..klu solat pn sudah x mahu berada di saf paling hadapan,bila berperang pula bagaimana??

sama2 kita fikirkan..moga ada manfaat..

Kullu sanah wa antum bilkhair..

In the name of Allah the most gracious n the most merciful..
alhamdulillah,setelah lama berkuliah di bumi mesir ni,tibalah suatu hari yg dirayakan umat Islam..hari raya aidiladha..khabar2nya di bumi mesir ni hari raya aidiladha disambut dgn meriah klu nk dibandingkn dgn hari raya aidilfitri..thn ni sempat meraikan aidilfitri di malaysia..jd tidak terasa kejanggalan utk beraya aidiladha di sini..dinanti ketibaannya dgn penuh sabar..

kuliah di universiti cairo akan bercuti selama seminggu..bermula dr hari ahad ni smpailah hari sabtu yg depan..hari ahad ni hari arafah..jd kita sgt digalakkan utk berpuasa sunat pd masa yg sama jemaah haji akan brkumpul di padang arafah..ku doakn moga seluruh ahli keluarga ku dipermudahkn menunaikn haji,mndapat haji mabrur dan sntiasa dlm kerahmatan Allah s.w.t. insyaAllah..dan moga2 tiba masa ku pula utk menyahut seruan menunaikn haji x lama lg..jarak dr cni ke mekah saje lebih kurang 3 hari 3 malam perjalanan menaiki kapal laut..klu menaiki kapal terbang pastinya mgambil jangka wkt yg lebih singkat..cuma kosnya sedikit tinggi..

keadaan sewaktu ketibaan aidiladha di mesir ni mmg sedikit berbeza nk dibandingkn dgn malaysia..masyarakatnya sudah menggantung banner2 yg mengalu2kn ketibaan hari ini..lembu dan kambing kesemuanya ditambat di tepi2 jalan..dibuatkn satu kandang baru utk kambing dan lembu2 ni sebelum mereka akan dikorbankn pd hari raya aidiladha..unta kurang kelihatan..hanya ada sekitar 4 dan 5 je yg dpt ku lihat..itupn di tempat2 yg berbeza..mungkin kebanyakan unta x ditambat di tepi jalan..sudah beberapa kali diucapkan kepadaku 'kullu sanah wa antum toyyibin' oleh Dr Heba,Ustaz Magdi dan beberapa org lecturer di fakulti perubatan ni..ucapan itu sering keluar dr mulut warga arab beragama Islam apabila bertemu dgn sahabat handai yg mereka kenali..mndoakan semoga sahabat mereka sntiasa dlm keadaan terbaik dr semua aspek..


KORBAN


alhamdulillah,dgn adanya rezeki yg lebih,dptlah ak masuk bahagian korban pd thn ni..buat pertama kalinya ak masuk korban mggunakan elaun dan duit dr poket ak sndiri..biasanya sblm2 ni mggunakan duit abah..nmpk gayanya aidiladha kali ni akan mnjadi aidiladha yg lebih bererti bagiku..harga satu bahagian lembu dalam 750 LE..unta lebih mahal cket dr lembu n kambing biri2 paling murah..exact price utk unta n lembu,ak pn x berapa pasti..

actually ak x terfikir pn nk msk bahagian dlm korban kali ni..tp setelah berlaku keadaan di mana seorang akh ni meminta ak mempromosikn pd batch ak sesiapa nk msk korban coz dah nk tutup pendaftaran msk korban sedangkn masih ada 4 bahagian kosong utk lembu..jd setelah fikir2 beberapa hari,ak pn decide utk msk ambil satu bahagian..mungkin thn depan ak x berkesempatan utk buat korban dah..lebih2 lg ak target thn depan ak nk pergi menunaikn haji..walaupn dateline pendaftaran dah ditutup,ak try contact akh berkenaan utk brtanya sekiranya masih ada kekosongan..alhamdulillah,setelah berjam2 menunggu reply msg dr akh berkenaan,akhirnya ak diberitahu masih ada satu bahagian je yg tinggal..ketentuan Allah akhirnya dptlah ak mnjadi penutup dlm tempahan bahagian korban lembu berkenaan..thanx to Allah..so,ak x nk berfikir panjang coz rasanya bila kita nk buat baik x perlulah berfikir byk2 lg..takut godaan syaitan manyelinap menggoda dan mengubah fikiran..kerana kita manusia yg lemah..

BAKAN


setakat ni ak bercadang utk beraya di BAKAN johor..badan kebajikan anak negeri johor..rumah yg ak masih x kunjung tiba..khabarnya terletak di hayyu thamin ataupn seksyen 8..borang kemasukan BAKAN johor pn rasanya masih belum ku hantar..ish,teruknyer diriku..hm..ak berhasrat utk meraikan raya aidiladha di sana..ak akan pergi bersama beberapa org rakan yg juga anak negeri johor..insyaAllah johor terus maju!!he3..khabarnya ahli perubatan yg menjadi anak negeri johor sgtlah kurang..means masih kurang org johor yg mengambil jurusan perubatan di cairo ni..jd tunggu apa lg warga johor??ayuh,dtg blaja di sini..

pengalaman beraya di sini pastinya mendebarkn kerana julung2 kalinya pengalaman raya di bumi mesir..pasti byk bezanya..dr segi takbirnya pasti sgt berbeza..x berlagu mendayu2 seperti di malaysia..tiada kesedihan melanda..yg ada cuma puji2an yg dicurahkn setinggi2nya kepada maha pencipta..debaran ini bukan debaran ketakutan,tp debaran perasaan inkuiri yg sgt tinggi..owh..terkenang ak pd family di mekah..pasti debaran mereka lebih hebat..terpilih mnjadi tetamu Allah pd thn ini utk melaksanakn haji..bukan mudah..pasti ada dugaan dan rintangan tersendiri..moga mereka dipermudahkn..

akhir kalam..ak mengucapkn selamat menyambut aidiladha pd semua warga malaysia khususnya dan seluruh umat Islam umumnya..jdkn aidiladha kali ni lebih bermakna dgn byk bersedekah dan mmbantu mereka yg kurang upaya..Allah sentiasa melimpahkn rahmat dan rezeki pd hambanya yg bersyukur..


"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA"

Thursday, December 4, 2008

Masa utk berubah

In the name of Allah,the most gracious n the most merciful..
selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah..semoga kita tergolong dlm golongan org2 yg bersyukur..

mcm mana cara kita menzahirkn syukur kita??seringkali kita mndengar peringatan dan ceramah dr ustaz2 yg penuh bersemangat..tp sejauh mana praktiknya?
seorang sahabat pernah bertanya menduga..

"ya akhi,zmn skrg ni kenapa mudah utk kita mmbina fikrah tp sukar nk beramal dengannya??"

oh,otak saya ligat berfikir..mencari suatu jawapan yg pasti dan benar2 utuh..x goyah dek hujah yg lain..

"err..fikrah tu mudah terbina sbb kita mmpunyai ramai yg blh jd penyampai fikrah..tp..sukar beramal mungkin kerana masalah dunia yg bertambah tua..dgn suasana yg benar2 x favorable utk mndidik jiwa..maksiat berada merata2..tiap saat dan waktu ia berlegar2 di sekeliling kita..lg pn mmg dah lumrah utk melaksanakan suatu yg baik itu sukar kerana dugaanya dtg dr dalam diri sndiri..iaitu nafsu kita..yg paling utama,kita perlu mndidik nafsu kita terlebih dahulu..mengekangnya dr melampaui batasan syara'..dan tentunya ia memerlukn mujahadah terlebih dahulu..mujahadah diri..melawan segala rasa kemalasan..sekiranya kita benar2 yakin setiap masa yg hasil mujahadah kita tu sntiasa ada ganjaran dr Allah kita blh lbh konsisten utk beramal dengannya..tp kita sering dilupakn ttg bnda ni.." jawabku..ringkas..

dugaan zaman sekarang sgtla hebat..dgn hampirnya kita pada satu hari yg sgt gerun,iaitu hari qiamat yg juga menandakan dekatnya kita dgn kemunculan dajjal dan pelbagai fitnah dunia yg kelihatannya sudah mula rancak..yg baik dianggap jahat,yg jahat dianggap baik..kepimpinan ditaklifkn pd mereka yg bukan dr kalangan ahlinya dan pelbagai lg tanda2 semakin dekatnya 'yaumus sa'ah' itu dgn kita..cuma kesedaran kita je yg masih kurang..maksiat tetap kita lakukan..benar,iman blh turun naik..oleh itu kita lakukannya pd waktu iman sedang merudum..yup,itu benar..tp jgn berdalilkn dgn hujah tersebut..kita perlu berusaha utk mengatasi maksiat tersebut drpd berlaku..caranya..

'la tansa zikrullah..'

sering kelihatan banner2 mahupun flyers yg bertulis peringatan 'la tansa zikrullah' di sekitar mesir..ditampal di dinding dan merata tempat..alhamdulillah,ada flyers yg blh mengingatkn diri ni supaya selalu ingat kepada Allah..indahnya suasana di Mesir ni..syukur rasanya..dlm kesibukan dan kebisingan kota,dgn mehnah dan tribulasi dr sebahagian rakyatnya,masih ada nilai2 murni kelihatan di sini..sejuk rasa hati ni..sesejuk titisan embun pagi musim sejuk di Mesir ni..

kesedaran kita perlu ditingkatkn..peringatan perlu lebih kerap dan digiatkn..peringatan utk semua..bkn hanya utk diri kita saja..

'sebaik2 manusia ialah mereka yg bermanfaat kepada orang lain..'

kita cuba utk saling memperingati..mengajak yg lain bersama2 menyedari hakikat hidup ni..hidup yg mmpunyai kitaran masa..kitaran masa yg sama utk setiap org..iaitu dr seorang bayi yg lahirnya dlm keadaan suci bersih,kemudian kanak2 yg riang,remaja yg mncari haluan diri,dewasa yg matang dan akhirnya tua yg lemah..dr Allah kita dtg dan kepadaNya lah kita akan kembali..ditalkinkn oleh sanak saudara dan sahabat handai..

'allazina iza asobathum musibah,qalu inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..'

tp maut x menunggu kita tua terlebih dahulu..ianya pasti dtg pd setiap insan..datangnya pantas dan tidak terlambat walau sesaat pn..ia blh mnjemput kita pd bila2 masa..sewaktu tibanya ketetapan dr ilahi..yg berbeza di antara manusia cuma bagaimana mereka menghabiskan atau mengisi kehidupan mereka..dan bagaimana kesudahan bg mereka semua..kesudahan yg su' atau hasanah..

sedarlah..kita hidup x lama..kehidupan di akhirat,1 hari bersamaan 1000 tahun di dunia..anda semua bila ditanya ingin ke syurga atau neraka jawapannya sudah pasti mengatakan mahu ke syurga..tp bagaimana anda mahu realisasikn ia??sedarlah amalan anda tidak seberapa..rasailah kekerdilan diri dibanding dgn pencipta..sentiasalah tingkatkn amalan anda..pelik klu terjadi org yg rasa amalan baiknya tidak mencukupi,tp tetap berdegil utk tingkatkn amalan..berdegil utk berubah mnjadi lebih baik..

renungan utk semua dan diri sndiri yg sering alpa..

Tuesday, December 2, 2008

Business minded..

Bismillahirrahmanirrahim..

in the name of Allah,the most gracious n the most merciful..selawat n salam ke atas junjungan baginda Rasulullah..
semoga kita sentiasa dalam jalan kebenaran,jalan perjuangan dan jalan dakwah..insyaAllah..

2 hari ni,kuliah unicairo ditunda..menyebabkn kepantasan lecturer2 pd minggu dpn pastinya bertambah dlm mgejar silibus utk dihabiskan..kesannya??kami para mahasiswa dan mahasiswi ni juga yg trpaksa memerah keringat utk 'catch up' dgn apa yg diajar nnt..malah,sebahagian universiti2 lain di area cairo ni pn ditunda or dicutikn..especially student2 atau mahasiswa dan mahasiswi di dalam kuliah perubatan dan mereka2 yg bernaung di bawah PERUBATAN iaitu student2 course dentistry dan pharmacy..

kuliah ditunda pn pastinya bkn saja2 mahupun suka2..ada sesuatu yg digantikan setara dgnnya..kami diwajibkn atau lebih sesuai disebut dipertanggungjwbkn utk menghadiri satu seminar selama 2 hari iaitu pd 30 november dan 1 disember 2008..suatu seminar yg bertajuk 'Gerak Usahawan Mesir 2008'..segala2nya dr segi makanan dan pengangkutan pergi dan balik disediakan jd kami berasa senang hati utk pergi ke sana..berbekalkn sebuah buku biochemistry yg masih elok kulitnya seperti baru dibeli menandakan kurangnya study,ak dan beberapa org sahabat melangkah menuju tepi jalan besar menanti bas yg disediakan khas utk kami ke sana dgn penuh sabar dan redha..menanti segala kemungkinan kesabaran diuji.. alhamdulillah,tiada apa2 masalah yg benar2 menguji kesabaran..dengan keceriaan rakan2 semua berborak mesra smentara menanti kehadiran bas menyebabkn ketibaan bas yg lambat x terlalu dirasai..nikmatnya erti sebuah persahabatan..persahabatan yg bertambah erat dengan keadaan keluarga yg berjauhan..terbayang peristiwa2 sepanjang kami bersama2 sejak di INTEC dahulu..bersama2 berusaha mecapai dan mengejar satu hasrat..menjadi seorang doktor perubatan..


Ketibaan yg dinanti

alhamdulillah,akhirnya bas yg dinanti telah tiba dengan selamat utk dinaiki..walaupn tempoh perjalanan yg sebentar,ada jugak beberapa org yg terlena dibuai mimpi..mencari kerehatan walaupn sebentar..dalam beberapa minit,kami sudah berada di hadapan sebuah bangunan yg tersergam indah..dikenali dengan nama Cairo International Conference Centre(CICC)..kagumku dengan binaan tempat ni..tampak kemas dan menarik utk suasana di Mesir..Jarang ku dapati bangunan seperti ni di Mesir..mungkin ak yg masih seperti katak di bawah tempurung..kurang berjalan2 di Mesir ni..ak pn x pasti..tanpa membuang masa,kami menyusun langkah menuju ke dalam dewan utama utk menanti upacara perasmian..bg tahun ini,perasmi yg didatangkn khas dr Malaysia ialah timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi..siapakah nama beliau??sebagai seorg pelajar,ini adalah pengetahuan am yg sebenarnya perlu diambil tahu..lihatlah saja pd kanak2 dan student di singapura..betapa mereka mmpunyai tahap pengetahuan am yg tinggi berbanding student2 di malaysia..


Ketibaan tetamu2 kehormat

dalam beberapa minit duduk di dalam dewan tersebut dapatla berkenal2an dgn seorang ustaz dalam kuliyah usuluddin di alAzhar..saja,berborak2,berkenalan dan berkongsi2 pengalaman yg masih newbie di mesir ni sementara menunggu ketibaan tetamu2 kehormat..kiranya menambah jaringan kenalan di mesir ni..dalam asyik berbual,tetamu2 kehormat mula menampakkan wajahnya..seperti biasa,pengacara majlis mengumumkan ketibaan tetamu kehormat tersebut..kami berdiri menandakan hormat pd kepimpinan negara..lalu lagu negaraku bergema berkumandang di dalam dewan..tahun ni nmpknya brdasarkn cerita2 senior,kurang mendapat sambutan brbanding tahun2 lepas..mungkin kerana tahun ni diadakan pd waktu org lain ada kuliyah..kuliyah di universiti alAzhar x cuti seperti kami..jd mengurangkn jumlah kehadiran seminar berkenaan..segala2nya berjalan lancar..


Kata2 yg menarik

antara perkara menarik yg dimentionkn sepanjang seminar 'Gerak Usahawan Mesir 2008' ni mengenai usahawan dlm bidang tani..betapa ku sedar bahawa menguruskan tumbuh2an lebih mudah dr menguruskn manusia..mnjadi seorang petani moden yg mampu menjana ekonomi negara disamping mnjadi pioneer dalam bidang tersebut sgtlah menarik..ku simpan hasrat utk mmpunyai bisnes sndiri suatu hari nnt..pernah ak bergurau dgn family ak pd suatu hari yg aman..ketika itu kami dpt berkumpul2 bersama2 kerana cuti..jd kesemua ahli keluargaku ada di rumah..mmg x lekang dan jenuh berborak dgn kakak2ku nih..

"err..apa kata kita buat bisnes sndiri nnt.." saja ak brkata2 menduga respon dr kakak2ku yg cbuk mgemas dapur ketika tu selepas makan malam..

"menarik gak tu..lgpn abah mmg dah selalu mention ttg bnda tu..ada bisnes keluarga..kan mudah.." balas kakakku yg kedua..

"a'ah,sume da lengkap nnt..human resource,akauntan n doktor sume da ada dlm rumah ni.." sambung kakakku yg pertama separuh bergurau..

hmm..dalam keluargaku mmg setakat ni semua mengambil course yg berbeza2..bg ak ini suatu keadaan yg baik kerana dpt mmpelbagaikn suasana dlm rumah disamping dpt mewujudkn pemikiran yg lebih luas dlm keluarga kerana bila bertemu masing2 sudah pasti berbicara pengalaman yg berbeza2..mana mungkin seorg akauntan mmpunyai pengalaman seorg doktor..jauh bezanya..

"ha,nnt klu adik2 yg lain pn bidang berbeza2 gak nmpknya bisnes keluarga ni mudahlah..sume drpd ahli keluarga sndiri..sume de kepakaran2 yg berbeza.." tersenyum ak sendirian bila membayangkn bila kami adik beradik semua dah bekerjaya..moga mereka semua berjaya..bukan hanya setakat di dunia,bukan sahaja dalam kerjaya,malah dlm semua aspek..dunia dan akhirat yg seimbang..dr impian,terlukis gambaran dan moga2 menjadi kenyataan..insyaAllah..

oh,lamunanku terlalu panjang..sedar2,sudah beberapa org berucap di depan dan seminar tersebut sudah dirasmikn..x banyak peranan yg kami mainkan disitu..kami sudah diberi segala2nya..dipersiapkn segalanya..pelaksana majlis hanya mahu kami duduk dan mendengar sahaja seminar tersebut..walaupn utk manfaat kami sendiri,nmpknya ramai yg kurang berminat..especially yg lelaki..bilangan permpuan juga blh diagak lebih ramai nk dibandingkn lelaki..tgk saja sudah tahu..itulah hakikatnya zaman sekarang..lelaki entah hilang di mana..sedarkah mereka??kesedaran mungkin ada,tetapi kurang tindakan..kata2 ini ditujukn juga pd diri ini yg mungkin termsuk dlm golongan tersebut..

'allahumma inni a'uzubika minal ilmi la yanfa',wa min qalbi la yakhsya',wa min nafsi la tasyba',wa min du'ai la yustajabulaha..'

*apa laa yg ak berbual dlm post kali ni,ish..