Friday, December 25, 2009

Berilah nasihat

Waktu rehat telah bermula setelah sejam setengah kelas yang sarat dengan ilmu. Alhamdulillah, moga segala pelajaran tadi dapat memenuhi keperluan aqal kepada ilmu. Di bahagian luar, para pelajar memenuhi serata kawasan tersebut. Riuh rendah dan galak dengan ketawa di sana sini. Senario yang biasa berlaku pada waktu rehat di 'UKM' ini.

Angin dingin musim sejuk yang bertiup sangat nyilu rasanya. Saya mencari2 tempat kosong untuk berehat. Apabila mendapati ada satu bangku yang kosong dan agak terlindung dari angin, saya pun mengambil tempat di situ. Sedang asyik duduk melayan kesejukan udara pagi tersebut seorang sahabat sekelas datang menyapa ingin duduk sekali. Kami bersembang2 santai. Sedikit sebanyak berkisar mengenai isi pembelajaran sebentar tadi. Banyak perkara yang terlepas pandang semasa belajar dapat difahami dengan lebih baik hasil perbincangan kami. Alhamdulillah, di sini ramai sahabat2 yang sangat baik dan prihatin antara satu sama lain.

Perbualan yang tadinya menjurus kepada aspek pembelajaran sedikit demi sedikit berubah arah kepada perbincangan berkenaan aspek diri yang lebih bersifat peribadi pula. Meneruskan proses 'ta'ruf' yang tidak ada titik noktahnya. Sembang2 ta'ruf kemudian menjurus pada luahan rasa. Pelbagai perkara diluahkan khususnya dengan amal diri. Sedang asyik mendengar luahan hatinya dan cuba menjadi pendengar yang baik, tiba2 dia meminta saya memberinya nasihat waktu itu juga. Terkelu saya dibuatnya. Nasihat waktu ni juga?? Mampukah saya memberinya nasihat yang benar2 berguna pada waktu dirinya dahagakan nasihat seorang sahabat??

++++++++++++++++

Banyak perkara yang bermain di fikiran kerana banyak perkara berlaku di luar dugaan kita dan berlaku secara mengejut tanpa disangka2. Kita seharusnya sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara seumpama ini. Seperti kata orang 'back up plan' perlu sentiasa disediakan.

Dalam '10 muwassofat muslim' juga ada dinukilkan bahawa salah satu daripada ciri2 seorang muslim yang ideal adalah bermanfaat kepada orang lain. Ciri ini meluas maksud dan praktikalnya. Cuma salah satu yang saya nak sebutkan di sini ialah menasihati sahabat di kala dia memerlukan nasihat kita.

Selain itu, nasihat ini adalah salah satu daripada 6 hak ukhuwwah yang kita perlu tunaikan sebagai seorang yang bergelar muslim.

“Hak seorang muslim atas muslim ada enam, yaitu jika bertemu maka ucapkanlah salam, jika diundang maka penuhilah, jika ia meminta nasihatmu maka nasihatilah jika ia bersin lalu mengucapkan “Alhamdulillah” maka do’akanlah dengan “Yarhamkallah”, jika ia sakit jenguklah ia, dan jika ia meninggal hantarkanlah (kekubur).” (HR. Muslim)

Rasailah dalam diri bahawa sahabat kita adalah saudara dan kerabat kita. Kesusahan dia adalah kesusahan kita. Perkara ini perlu di ambil berat dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

“Bandingan mukmin terhadap mukmin yang lain seperti binaan yang memperkuat satu sama lain”
(HR Bukhari Muslim)

Bila kita merasai sahabat kita ibarat kerabat atau adik beradik kita, pastinya kita sayang padanya dan inginkan kebaikan baginya melalui nasihat yang kita berikan.

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
(HR Muslim)

Mampukah kita menyahut seruan hadis2 tersebut? Mampukah kita memberi nasihat yang baik pada sahabat kita atau kita akan terkelu tanpa sebarang bicara? Lalu membiarkan dia terjerumus dan terleka lebih jauh dan lebih jauh?



Tidak mampu untuk menasihati?
Ada beberapa perkara yang sangat penting untuk diatasi agar kita bersedia dan mampu memberi nasihat yang baik :

1- rasa 'inferior' dengannya sebab dia lebih baik, lebih pandai dan lebih dalam banyak perkara. Jadi, ikhlaskan niat kita dan perasaan 'inferior' perlu dibuang dari dalam diri. Perasaan kita tidak sehebat dia dlm pelajaran dan yang seangkutan dengannya perlu dibuang jauh2 kerana kita dicipta untuk menjadi seorang yang hebat dan berkewajipan utk saling menasihati.

2- kurang modal untuk menasihati. Oleh itu, tambahkan pengetahuan dalam diri berkenaan sirah nabi dan sahabat sebagai sumber rujukan terbaik kita dalam menasihati. Pelbagai kisah sahabat datang kepada Rasulullah dan meminta nasihat daripada baginda yang boleh kita ambil pengajaran.

3- terlampau gopoh memberi nasihat. Oleh itu, ambil masa sebentar dalam beberapa saat untuk berfikir dan menyusun kata2 agar nasihat yang diberi lebih berkesan dan dia dapat merasakan kita serius untuk membantunya.

4- menasihati dan terus tinggalkan dia terkapai2 dalam nasihat kita. Sebenarnya kita perlu 'follow up' dirinya dari semasa ke semasa. Tanya khabar sentiasa dan bantu dia dalam proses 'overcome' masalah yang dihadapinya.

5- orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak akan mampu memberi kepada orang lain sesuatu (kata2 arab). Maksudnya seperti orang yang tidak mempunyai duit, masakan dia boleh memberi duit kepada orang lain. Orang yang tidak merasa nikmat iman tidak akan berjaya memupuk nikmat iman itu di dalam diri orang lain.

++++++++++++++++++

Apabila kita berjaya membantu sahabat kita, pastinya kita akan berasa gembira dengan kegembiraan sahabat kita. Sekiranya ukhuwwah Islamiyah yang kita jalinkan, maka perihal nasihat ini adalah suatu yang penting. Hakikatnya pada zaman sekarang pengaplikasian budaya ini sangatla kurang dan sangat rugi sekiranya kita melepaskan peluang menasihati sahabat yang meminta nasihat kita tatkala hatinya sedang terbuka untuk menerima nasihat.

Moga Allah pasakkan dalam hati kita rasa kasih sayang kepada saudara seIslam kita lebih daripada rasa sayang pada diri sendiri. Amin.


Wallahu'alam.

6 comments:

Syed Mohd Syahmi said...

nasihatilah aku :)

Mukmin bin Mohd Khairi said...

basah ana membaca tulisan enta..

ahmad suhaib said...

to Saidina Ali :
nasihat? mintak dr nik uqbah..
dia power bab2 ni..:D


to Mukmin Mohd Khairi :
ish..karya2 dan tulisan2 enta lg mantop2 belaka..
byk memberi motivasi..
klu enta ibarat kerengga,ana ibarat semut je..:)

aku bukan aku said...

salam alaik..

*refer reply anda di atas

minta dari nik uqbah?
(rase inferior mungkin??)

=)

-gurau ja-


salam ziarah..

ahmad suhaib said...

to aku bukan aku :

hoho..bijak betul bermain kata..hehe..
sbnrnya bukan sbb tu,tp beliau dan nik uqbah satu universiti di Malaysia..jadi mudah utk mereka berdua saling menasihati.

-saja nk jawab-

syukran..:D

Thaaqhib Mohammed said...

erm.. nasihat.

ya..kadang2 asek ngumpat.. patutnya nasihat