Thursday, July 29, 2010

Sedar tidak sedar

Bismillah,


Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah yang dikasihi. Atas penat jerih dan usaha baginda, dapat lagi kita merasai nikmat iman dan Islam hingga ke hari ni alhamdulillah.

Pada 'post' kali ni, ada beberapa perkara untuk saya coretkan di sini.


PERTAMAnya, sedar tidak sedar, sudah lama saya tidak meluangkan masa untuk menulis didalam blog ini. Mohon maaf pada semua atas kelemahan saya tidak mampu beristiqamah dalam menulis lagi. Betapa beratnya untuk kita beristiqamah dalam melakukan perkara2 kebaikan. Meskipun berat, tetapi tidak mustahil juga untuk kita berjaya istiqamah dengan memahami bahawa segala yang dilakukan kita semuanya dalam skop ibadah kepada Allah selagi perkara yang dilakukan tersebut tidak membawa kepada kelalaian dan berlandaskan syara'.

KEDUAnya, sedar tidak sedar, saya sudah berada di tanah air untuk sementara waktu selagi cuti masih berbaki. Cuti jika tidak diisi dengan perkara2 dan aktiviti bermafaat pasti akan membunuh jiwa seorang pemuda. Saat ini la seorang pemuda itu akan diuji samada dia memilih untuk mengisi masa lapangnya dengan perkara2 berfaedah atau kerehatan. Jika dia memilih kerehatan, masanya berpotensi terisi dengan perkara yang melalaikan yang boleh mendorong pada melakukan perbuatan2 berunsur kemaksiatan. Menurut Dr. Amru Khaled, MASA LAPANG BAGI PEMUDA=AWAL MAKSIAT.

KETIGAnya, sedar tidak sedar juga, kita sudah berada pd penghujung bulan Sya'ban. Ini bermakna tidak lama lagi madrasah Ramadhan akan dibuka (moga kita diberi kesempatan untuk menemuinya). Bagaimana persediaan kita setakat ini dr sudut ibadah? Jawapannya ada pada individu itu sendiri. Saya sedang berusaha untuk meningkatkan diri dr sudut tersebut.

KEEMPATnya, sedar tidak sedar, isu umat Islam Palestin semakin lama semakin tenggelam dan jauh dr hati dan perhatian umat Islam setelah berlangsungnya piala dunia yang lepas. Usah biarkan diri kita terperangkap dalam golongan yang Palestin semakin menjauh dr hatinya. Tingkatkan usaha kita dalam mengambil tahu isu semasa di sana. Bagaimana agaknya keadaan mereka dalam menyambut Ramadhan?? Moga Allah sentiasa merahmati pejuang2 Islam di sana.

KELIMAnya, sedar tidak sedar, berlaku peningkatan mendadak dalam keruntuhan akhlak remaja Islam khususnya di Malaysia. Zina berleluasa. Keruntuhan institusi keluarga. Bila mana nafsu beraja dalam diri seorang manusia, sikap mereka tak ubah seperti binatang bahkan lebih sesat(teruk) dari binatang. Di mana sebenarnya punca permasalahan ini? Kerajaan? Media? Ibu bapa? Jika kita meneliti dengan sebaiknya, nyatalah permasalahan berpunca daripada diri kita sekiranya kita hanya mengambil sikap 'wait and see others action'. Individu yang sedar tanggungjawabnya akan sentiasa berusaha meningkatkan kefahaman Islam dalam dirinya pada masa yang sama berusaha menyampaikan kefahaman Islamnya pada masyarakat sekitar.


***************************


Setuju atau tidak jika saya katakan..

- Pastinya kita semua merindukan tulisan2 dan blog2 yang berjaya mengingatkan kita pada Allah bukannya tulisan dan blog yang penuh dengan cacian dan makian terhadap kelompok manusia lain dan tulisan2 yang menjauhkan diri kita dari mengingati Allah.

- Pastinya kita merindukan untuk melihat dan menjadi pemuda yang berfikiran jauh dengan menganggap kerehatan mereka hanya setelah sebelah tapak kaki mereka berjaya menapak ke dalam syurga.

- Pastinya kita merindukan suasana masyarakat sekeliling yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amal ibadat tidak kira sewaktu bekerja, di dalam bas, keretapi di masjid2 dan di serata tempat.

- Pastinya kita merindukan keamanan di tanah air kita termasuk Palestin. Masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni dan menghormati pendapat satu sama lain. Pemimpin yang adil dan saksama sehingga tidak lagi wujud orang miskin dan pengemis.

- Pastinya kita merindukan dikelilingi pemuda2 yang hatinya dekat dengan Allah. Segala tingkah lakunya mengingatkan kita pada Allah sehingga berjaya mengesani diri kita untuk berusaha mengabdikan diri kepada Allah.


****************************


Percaya dan yakinlah saudara! Kerinduan kita pasti akan terubat! Kemenangan untuk Islam itu pasti akan terzahir suatu hari nanti dari jalan yang Allah tentukan! Menjadi sunnatullah setiap perkara yang berlaku mengambil masa dan ada proses2nya. Ayuh bersegera dan beusaha mengambil bahagian dalam perjuangan merealisasikan kemenangan Islam. Elakkan diri anda dari tergolong dalam golongan terkebelakang atau menjadi pemerhati semata2. Masuklah ke dalam gelanggang dakwah ini. Bersemangatlah. Berjiwa besarlah. Kita hamba Allah Yang Maha Kaya, bukan hamba manusia mahupun nafsu atau berhala.

“Sesungguhnya penolongmu hanyalah Allah, Rasul-nya dan orang-orang yang beriman, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, seraya tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sungguh, pengikut (agama) Allah itulah yang menang.” (Al-Ma'idah : 55-56)



5 comments:

uqbah said...

suhaibbbb!!!!!!

balik tak cakap pun :(

ahmad suhaib said...

hihi..semua sibuk dgn kuliah skrg ni kn..ma'alisy..^-^

inniakhafulLah said...

ingatkan angah sorang jer dah lama tak upate blog..rupanya, kita serupa...=)

Last update december tahun lepas..baru tadi,tergerak nak jenguk blog angah..

apapun, happy holiday bro..

Thaaqhib Mohammed said...

keep on working. working dont stop

Anonymous said...

entri yang memberi semangat. tahniah.