Tuesday, May 24, 2011

وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ

[Mode : Mengimbau kenangan lepas]


Alhamdulillah, cuti musim panas (soifi) datang lagi. Peluang bercuti selepas berhempas pulas mengerah tenaga dalam peperiksaan tidak akan dilepaskan. Pelbagai program menanti. Ada yang diatur sendiri dan juga ada yang telah diaturkan oleh ikhwah-ikhwah supaya masa cuti yang terluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Kali ni aku berpeluang untuk berukhwah di tepi pantai. Menyaksikan manusia dari pelbagai latar belakang dan latar pendidikan bersama-sama dalam suka dan duka sepanjang program ini berlangsung. Mereka datang dari seluruh pelosok Mesir dan berkumpul bersama di satu tempat. Bahkan ada juga penyertaan dari luar Mesir. Sangat meriah.


Petang itu, aku mengambil kesempatan untuk berjalan di persisiran air pantai. Airnya tetap sejuk walaupun terik matahari yang memancar. Bunyi deruan ombak menimbulkan ketenangan dalam diri. Selepas hampir setahun lebih bergelumang dalam kesesakan dan hiruk-pikuk bumi Kaherah, akhirnya dapat juga aku merasai kembali suasana ketenangan seperti ini.

Ombak petang ini sederhana saja kuatnya tetapi buih-buih yang dibawa ombak tetap pecah begitu sahaja tatkala tiba di tepian. Tidak dapat bertahan walau mungkin beribu-ribu atau berjuta-juta buihnya kerana tiada ikatan yang kuat antara molekul-molekul buih tersebut. Bahkan bila diambil buih itu ternyata kosong di dalamnya.

Terbukti sebanyak mana buih itu, ia tetap tidak dapat menghasilkan kekuatan yang jitu seperti air kerana sifatnya adalah buih. Disentuh sedikit sahaja sudah pecah. Apatah lagi apabila dihempas pada batu atau pantai.

Ada satu hadis yang berbunyi :


حديث ثَوْبَانَ رضي الله عنه قال: قال رسول الله يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كما تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إلى قَصْعَتِهَا فقال قَائِلٌ: وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ قال: بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ الله من صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ الله في قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ، فقال قَائِلٌ: يا رَسُولَ الله، وما الْوَهْنُ؟ قال: حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

Tsauban r.a berkata Rasulullah SAW bersabda: “Akan terjadi, bersatunya bangsa-bangsa didunia menyerbu kalian seperti sekelompok orang menyerbu makanan”. Salah seorang sahabat bertanya: “Apakah kerana jumlah kami sedikit ketika itu”. Rasulullah menjawab : “Jumlah kalian banyak, tetapi seperti buih dilautan. Allah mencabut rasa takut dari dada musuh-musuh kalian dan Allah menanamkan penyakit ‘wahan’ dalam hati kalian.” Lalu ada yang bertanya lagi :“Apakah penyakit ‘wahan’ itu ya Rasulullah?” Beliau bersabda : “ Cinta kepada dunia dan takut kepada kematian.”
(Hadis riwayat Abu Daud)


Akhirnya kita dapat pengajaran dari buih. Analogi yang telah disebut Rasulullah berzaman dahulu, terbukti kebenarannya pada hari ini.

Kita mungkin boleh berbangga dengan bilangan umat Islam yang ramai pada zaman ini tetapi jika kita toleh kembali, mungkin sukar untuk kita terima hakikat dengan jumlah seramai ini kita sendiri tidak pasti apakah kekuatan yang kita miliki.

Mesti tonton. Perkongsian ringkas dan menarik oleh senior di SMI Hidayah dan juga senior di Mesir

Satu benda yang pasti, kekuatan dalaman umat Islam perlu dibina kembali untuk kembalikan kegemilangan Islam di atas muka bumi ini.

Jadi apa peranan kita?

Pertama sekali, bersama-sama kita timbul dan semaikan kesedaran Islam di dalam diri kita.



Wallahu'alam

2 comments:

Ahmad Fahmi said...

Suka perkongsian yg macam ni.. Tahniah dan teruskan

ahmad suhaib said...

syukran abe atas komen dan sokongan yang diberi. insyaAllah akan diperbaiki lagi.

[mode terharu]