Thursday, October 28, 2010

Pemuda

Kadang2 pemuda itu mudah terlupa tujuan atau agenda sebenar penghidupan mereka bila mereka dibiarkan tanpa peringatan.
Lebih2 lagi dalam keadaan hidup serba mewah/cukup untuk diri sendiri.
Bergelumang dan seronok dengan 'kesempitan' dunia hingga lupakan 'keluasan' akhirat.

Bila pemuda sudah terlupa agenda sebenar penghidupan mereka, siapa lagi yang kita harapkan untuk mendokong & menghidupkan risalah Islam ini...? Siapa lagi yang kita harapkan untuk menggalas misi Islam yang besar ini...?




مَا عِنْدَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"(Sebenarnya) Apa yang ada pada kamu akan habis dan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal ; dan sesungguhnya Kami membalas orang2 sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."
(An-Nahl : 96)

Muhasabah bersama.
Moga thabat.

Wallahu'alam.

Thursday, July 29, 2010

Sedar tidak sedar

Bismillah,


Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah yang dikasihi. Atas penat jerih dan usaha baginda, dapat lagi kita merasai nikmat iman dan Islam hingga ke hari ni alhamdulillah.

Pada 'post' kali ni, ada beberapa perkara untuk saya coretkan di sini.


PERTAMAnya, sedar tidak sedar, sudah lama saya tidak meluangkan masa untuk menulis didalam blog ini. Mohon maaf pada semua atas kelemahan saya tidak mampu beristiqamah dalam menulis lagi. Betapa beratnya untuk kita beristiqamah dalam melakukan perkara2 kebaikan. Meskipun berat, tetapi tidak mustahil juga untuk kita berjaya istiqamah dengan memahami bahawa segala yang dilakukan kita semuanya dalam skop ibadah kepada Allah selagi perkara yang dilakukan tersebut tidak membawa kepada kelalaian dan berlandaskan syara'.

KEDUAnya, sedar tidak sedar, saya sudah berada di tanah air untuk sementara waktu selagi cuti masih berbaki. Cuti jika tidak diisi dengan perkara2 dan aktiviti bermafaat pasti akan membunuh jiwa seorang pemuda. Saat ini la seorang pemuda itu akan diuji samada dia memilih untuk mengisi masa lapangnya dengan perkara2 berfaedah atau kerehatan. Jika dia memilih kerehatan, masanya berpotensi terisi dengan perkara yang melalaikan yang boleh mendorong pada melakukan perbuatan2 berunsur kemaksiatan. Menurut Dr. Amru Khaled, MASA LAPANG BAGI PEMUDA=AWAL MAKSIAT.

KETIGAnya, sedar tidak sedar juga, kita sudah berada pd penghujung bulan Sya'ban. Ini bermakna tidak lama lagi madrasah Ramadhan akan dibuka (moga kita diberi kesempatan untuk menemuinya). Bagaimana persediaan kita setakat ini dr sudut ibadah? Jawapannya ada pada individu itu sendiri. Saya sedang berusaha untuk meningkatkan diri dr sudut tersebut.

KEEMPATnya, sedar tidak sedar, isu umat Islam Palestin semakin lama semakin tenggelam dan jauh dr hati dan perhatian umat Islam setelah berlangsungnya piala dunia yang lepas. Usah biarkan diri kita terperangkap dalam golongan yang Palestin semakin menjauh dr hatinya. Tingkatkan usaha kita dalam mengambil tahu isu semasa di sana. Bagaimana agaknya keadaan mereka dalam menyambut Ramadhan?? Moga Allah sentiasa merahmati pejuang2 Islam di sana.

KELIMAnya, sedar tidak sedar, berlaku peningkatan mendadak dalam keruntuhan akhlak remaja Islam khususnya di Malaysia. Zina berleluasa. Keruntuhan institusi keluarga. Bila mana nafsu beraja dalam diri seorang manusia, sikap mereka tak ubah seperti binatang bahkan lebih sesat(teruk) dari binatang. Di mana sebenarnya punca permasalahan ini? Kerajaan? Media? Ibu bapa? Jika kita meneliti dengan sebaiknya, nyatalah permasalahan berpunca daripada diri kita sekiranya kita hanya mengambil sikap 'wait and see others action'. Individu yang sedar tanggungjawabnya akan sentiasa berusaha meningkatkan kefahaman Islam dalam dirinya pada masa yang sama berusaha menyampaikan kefahaman Islamnya pada masyarakat sekitar.


***************************


Setuju atau tidak jika saya katakan..

- Pastinya kita semua merindukan tulisan2 dan blog2 yang berjaya mengingatkan kita pada Allah bukannya tulisan dan blog yang penuh dengan cacian dan makian terhadap kelompok manusia lain dan tulisan2 yang menjauhkan diri kita dari mengingati Allah.

- Pastinya kita merindukan untuk melihat dan menjadi pemuda yang berfikiran jauh dengan menganggap kerehatan mereka hanya setelah sebelah tapak kaki mereka berjaya menapak ke dalam syurga.

- Pastinya kita merindukan suasana masyarakat sekeliling yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amal ibadat tidak kira sewaktu bekerja, di dalam bas, keretapi di masjid2 dan di serata tempat.

- Pastinya kita merindukan keamanan di tanah air kita termasuk Palestin. Masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni dan menghormati pendapat satu sama lain. Pemimpin yang adil dan saksama sehingga tidak lagi wujud orang miskin dan pengemis.

- Pastinya kita merindukan dikelilingi pemuda2 yang hatinya dekat dengan Allah. Segala tingkah lakunya mengingatkan kita pada Allah sehingga berjaya mengesani diri kita untuk berusaha mengabdikan diri kepada Allah.


****************************


Percaya dan yakinlah saudara! Kerinduan kita pasti akan terubat! Kemenangan untuk Islam itu pasti akan terzahir suatu hari nanti dari jalan yang Allah tentukan! Menjadi sunnatullah setiap perkara yang berlaku mengambil masa dan ada proses2nya. Ayuh bersegera dan beusaha mengambil bahagian dalam perjuangan merealisasikan kemenangan Islam. Elakkan diri anda dari tergolong dalam golongan terkebelakang atau menjadi pemerhati semata2. Masuklah ke dalam gelanggang dakwah ini. Bersemangatlah. Berjiwa besarlah. Kita hamba Allah Yang Maha Kaya, bukan hamba manusia mahupun nafsu atau berhala.

“Sesungguhnya penolongmu hanyalah Allah, Rasul-nya dan orang-orang yang beriman, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, seraya tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sungguh, pengikut (agama) Allah itulah yang menang.” (Al-Ma'idah : 55-56)



Monday, January 18, 2010

Bersama kesusahan ada kesenangan

Bismillah,

Fatrah imtihan kembali menjengah.
Rasa susah, penat dan tertekan itu suatu lumrah.
Tapi ada beberapa perkara yang perlu kita ingat dalam mengharungi 1001 rasa itu.

Jadi dalam kesibukan dan keletihan menelaah pelajaran di fatrah imtihan ini ada sedikit perkongsian video untuk renungan kita bersama.
(Kata2 di dalam video ini dipetik dari buku 'La Tahzan' karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni)


Video seterusnya pula merupakan halwa telinga untuk rehatkan minda sebentar. Kita rasa banyak kesukaran yang kita hadapi sepanjang hidup, tetapi semua itu sedikit sahaja nak dibandingkan kesenangan yang kita perolehi. Teruskanlah usaha bersungguh2 dalam menggapai matlamat dan mimpi.


Boleh juga jengah ke blog Hazim Azhar iaitu pelajar perubatan tahun 3 untuk lihat kekreatifan pelajar perubatan menghasilkan video sempena imtihan yang bakal tiba.*promote2*:)

**********************

Jadual peperiksaan '2nd year' Universiti Kaherah :
24 Jan 2010 - Physiology
27 Jan 2010 - Histology
31 Jan 2010 - Anatomy
3 Feb 2010 - Biochemistry

Jadi kami pohon agar doakan kejayaan kami semua khususnya dan seluruh pelajar yang berada dalam fatrah imtihan amnya dalam menghadapi peperiksaan mereka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata, ‘Amin dan engkau pun mendapatkan apa yang dia dapatkan.'"
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Shahih Muslim no. 2733)


Doakan saya dan kami dalam senyap.Tidak perlu beritahu.Saya tahu anda sedang mendoakan.Betul kan? :)

Sama2 kita cemerlang untuk Islam.InsyaAllah.


Wallahu'alam.

Friday, December 25, 2009

Berilah nasihat

Waktu rehat telah bermula setelah sejam setengah kelas yang sarat dengan ilmu. Alhamdulillah, moga segala pelajaran tadi dapat memenuhi keperluan aqal kepada ilmu. Di bahagian luar, para pelajar memenuhi serata kawasan tersebut. Riuh rendah dan galak dengan ketawa di sana sini. Senario yang biasa berlaku pada waktu rehat di 'UKM' ini.

Angin dingin musim sejuk yang bertiup sangat nyilu rasanya. Saya mencari2 tempat kosong untuk berehat. Apabila mendapati ada satu bangku yang kosong dan agak terlindung dari angin, saya pun mengambil tempat di situ. Sedang asyik duduk melayan kesejukan udara pagi tersebut seorang sahabat sekelas datang menyapa ingin duduk sekali. Kami bersembang2 santai. Sedikit sebanyak berkisar mengenai isi pembelajaran sebentar tadi. Banyak perkara yang terlepas pandang semasa belajar dapat difahami dengan lebih baik hasil perbincangan kami. Alhamdulillah, di sini ramai sahabat2 yang sangat baik dan prihatin antara satu sama lain.

Perbualan yang tadinya menjurus kepada aspek pembelajaran sedikit demi sedikit berubah arah kepada perbincangan berkenaan aspek diri yang lebih bersifat peribadi pula. Meneruskan proses 'ta'ruf' yang tidak ada titik noktahnya. Sembang2 ta'ruf kemudian menjurus pada luahan rasa. Pelbagai perkara diluahkan khususnya dengan amal diri. Sedang asyik mendengar luahan hatinya dan cuba menjadi pendengar yang baik, tiba2 dia meminta saya memberinya nasihat waktu itu juga. Terkelu saya dibuatnya. Nasihat waktu ni juga?? Mampukah saya memberinya nasihat yang benar2 berguna pada waktu dirinya dahagakan nasihat seorang sahabat??

++++++++++++++++

Banyak perkara yang bermain di fikiran kerana banyak perkara berlaku di luar dugaan kita dan berlaku secara mengejut tanpa disangka2. Kita seharusnya sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara seumpama ini. Seperti kata orang 'back up plan' perlu sentiasa disediakan.

Dalam '10 muwassofat muslim' juga ada dinukilkan bahawa salah satu daripada ciri2 seorang muslim yang ideal adalah bermanfaat kepada orang lain. Ciri ini meluas maksud dan praktikalnya. Cuma salah satu yang saya nak sebutkan di sini ialah menasihati sahabat di kala dia memerlukan nasihat kita.

Selain itu, nasihat ini adalah salah satu daripada 6 hak ukhuwwah yang kita perlu tunaikan sebagai seorang yang bergelar muslim.

“Hak seorang muslim atas muslim ada enam, yaitu jika bertemu maka ucapkanlah salam, jika diundang maka penuhilah, jika ia meminta nasihatmu maka nasihatilah jika ia bersin lalu mengucapkan “Alhamdulillah” maka do’akanlah dengan “Yarhamkallah”, jika ia sakit jenguklah ia, dan jika ia meninggal hantarkanlah (kekubur).” (HR. Muslim)

Rasailah dalam diri bahawa sahabat kita adalah saudara dan kerabat kita. Kesusahan dia adalah kesusahan kita. Perkara ini perlu di ambil berat dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

“Bandingan mukmin terhadap mukmin yang lain seperti binaan yang memperkuat satu sama lain”
(HR Bukhari Muslim)

Bila kita merasai sahabat kita ibarat kerabat atau adik beradik kita, pastinya kita sayang padanya dan inginkan kebaikan baginya melalui nasihat yang kita berikan.

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
(HR Muslim)

Mampukah kita menyahut seruan hadis2 tersebut? Mampukah kita memberi nasihat yang baik pada sahabat kita atau kita akan terkelu tanpa sebarang bicara? Lalu membiarkan dia terjerumus dan terleka lebih jauh dan lebih jauh?



Tidak mampu untuk menasihati?
Ada beberapa perkara yang sangat penting untuk diatasi agar kita bersedia dan mampu memberi nasihat yang baik :

1- rasa 'inferior' dengannya sebab dia lebih baik, lebih pandai dan lebih dalam banyak perkara. Jadi, ikhlaskan niat kita dan perasaan 'inferior' perlu dibuang dari dalam diri. Perasaan kita tidak sehebat dia dlm pelajaran dan yang seangkutan dengannya perlu dibuang jauh2 kerana kita dicipta untuk menjadi seorang yang hebat dan berkewajipan utk saling menasihati.

2- kurang modal untuk menasihati. Oleh itu, tambahkan pengetahuan dalam diri berkenaan sirah nabi dan sahabat sebagai sumber rujukan terbaik kita dalam menasihati. Pelbagai kisah sahabat datang kepada Rasulullah dan meminta nasihat daripada baginda yang boleh kita ambil pengajaran.

3- terlampau gopoh memberi nasihat. Oleh itu, ambil masa sebentar dalam beberapa saat untuk berfikir dan menyusun kata2 agar nasihat yang diberi lebih berkesan dan dia dapat merasakan kita serius untuk membantunya.

4- menasihati dan terus tinggalkan dia terkapai2 dalam nasihat kita. Sebenarnya kita perlu 'follow up' dirinya dari semasa ke semasa. Tanya khabar sentiasa dan bantu dia dalam proses 'overcome' masalah yang dihadapinya.

5- orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak akan mampu memberi kepada orang lain sesuatu (kata2 arab). Maksudnya seperti orang yang tidak mempunyai duit, masakan dia boleh memberi duit kepada orang lain. Orang yang tidak merasa nikmat iman tidak akan berjaya memupuk nikmat iman itu di dalam diri orang lain.

++++++++++++++++++

Apabila kita berjaya membantu sahabat kita, pastinya kita akan berasa gembira dengan kegembiraan sahabat kita. Sekiranya ukhuwwah Islamiyah yang kita jalinkan, maka perihal nasihat ini adalah suatu yang penting. Hakikatnya pada zaman sekarang pengaplikasian budaya ini sangatla kurang dan sangat rugi sekiranya kita melepaskan peluang menasihati sahabat yang meminta nasihat kita tatkala hatinya sedang terbuka untuk menerima nasihat.

Moga Allah pasakkan dalam hati kita rasa kasih sayang kepada saudara seIslam kita lebih daripada rasa sayang pada diri sendiri. Amin.


Wallahu'alam.

Tuesday, December 15, 2009

Edisi Eksklusif:"Aku bernikah di jalan dakwah"

[Perhatian!!Tajuk diatas jangan disalah erti ye..]

Post ini khas buat semua ikhwah dan pengunjung blog ni

Alhamdulillah 3x..Terciptalah suatu lembaran sejarah pd 12 Disember yg lepas..Ustaz Firdaus atau lebih mesra di kalangan kita dengan panggilan Ustaz Os telah menamatkan zaman 'single'nya dan melangsungkan pernikahan beliau dengan saudari Syarifah Aisyah di Hulu Langat Selangor..

Dengan pernikahan ini, bermakna Ustaz Os telah berjaya sudah naik ke marhalah 'baitul muslim'..(bukan mudah!hehe)=)

Ustaz Os baru saja tamat pengajian di Universiti al-Azhar dlm bidang usuluddin manakala zaujah beliau,saudari Syarifah Aisyah merupakan pelajar tahun 6 perubatan di Universiti AinShams..Bermakna lahirnya lagi 'mutazawwij' di antara graduan usuluddin dan perubatan..alhamdulillah..

Bagi mereka yg tertanya2, kenapa posting kali ni bertajuk "aku bernikah di jalan dakwah"..sebenarnya ini adalah salah satu tajuk posting atau kata2 dari blog Ustaz Os..siap ada video khas dr Ustaz Os lagi..Menarik untuk dilihat bagi semua lapisan masyarakat..lebih diutamakan bagi mereka yg akan dan merancang utk berkahwin dlm masa terdekat ni..InsyaAllah dapat lebih memahami tujuan suatu pernikahan itu..

link ke tajuk tersebut..klik jgn tak klik!

ok,tak perlu panjangkan kalam lagi..mesti semua dah tak sabar2 dah nak menatap gambar majlis perkahwinan Ustaz Os..hehe..biarlah gambar saja yang berbicara dengan 'caption2'nya~

**********************

ustaz os sedang duduk dengan sopan selaku 'man of the day'

tangan bakal 'raja sehari' berjabat kemas dengan tangan bakal bapa mertua utk akad
(debaran memuncak..dlm keadaan 'symphatetic' hasil rembesan 'catecholamines' yg tinggi.. )

alhamdulillah..selesai akad..pengantin baru tertunduk malu

tersipu2 lagi..muka pengantin terlindung la pulak..


kucupan pertama dari suami buat isteri tercinta
(gambar latar:kamera berebut2 merakam hari bersejarah ni)

ketaatan seorang isteri pd suaminya

bermula lembaran hidup yg baru buat 'raja sehari' kita..tersenyum lebar..

jom potong kek!sedondon mondon belaka..senyuman bertambah2 lebar..hehe


Tatkala Usuluddin bertemu Perubatan,
terpaterilah jalinan dua insan.
Walau kami jauh di perantauan,
Doa tetap kami panjatkan.

*********************
cukup tak gambar?
mesti tak puas tengok ustaz os..hehe
mungkin nanti boleh sama2 kita 'request' lebih gambar drpd ustaz os..
boleh tak ustaz os?

Ana sangat berbesar hati kerana dapat dan diberi peluang untuk meletakkan gambar2 bersejarah Ustaz Os dlm blog ana..syukran Ustaz Os..:)

Jutaan congratulations,tahniah,mabruk diucapkan buat pasangan pengantin baru kita ni..Semoga Allah terus melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada antuma..

Ustaz Mohd. Firdaus & Dr. Syarifah Aisyah | 12 Disember 2009

Menjadi kebiasaan lepas ada majlis2 perkahwinan je, mesti kita akan bertanya, "agak2, giliran siapa pula lepas ni ye?"=)

Tepuk dada,tanya iman..dah bersedia belum?:)

Wallahu'alam.