Sunday, December 7, 2008

jami' malaysia?

In the name of Allah,the most gracious n te most merciful..
selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w..

hari ni telah menyaksikan masyarakat arab sudah mula bertakbir..selepas solat zohor je mereka dah start bertakbir..berlainan dgn malaysia yg akan bertakbir selepas solat maghrib..perkara ni berlaku mungkin kerana perbezaan mazhab yg di guna pakai di antara mesir dan malaysia..walaubagaimana pn,kita semua adalah umat Islam dan perbezaan tidak sepatutnya menyebabkn perpecahan kerana kita mempunyai satu matlamat..utk menegakkan dan memakmurkan agama Islam di atas muka bumi ni..insyaAllah suatu hari nnt..
menarik utk diperkatakn situasi yg berbeza di antara masjid di mesir dan di malaysia..mungkin ada beberapa perkara yg baik di sini blh kita cuba terapkn,aplikasikan dan semaikan di malaysia..masjid di sini walupn jarak antara satu masjid dan masjid yg lain hanya dlm lingkungan 100 meter,masjid2 di sini sering diisi dgn jemaah di setiap waktu..kdgkala menjangkau separuh drpd masjid di penuhi dgn jemaah..walaupn hanya pd solat waktu..dan ia tidak hanya terhad pd golongan2 yg dikatakan akhir waktu atau tua..golongan2 pemuda juga sering ke masjid di sini..dan di sini tiada istilah surau..kesemuanya adalah masjid..dan masjidnya tidaklah sebesar di malaysia..hanya seperti rumah di antara kawasan2 perumahan..

itu dari segi kehadiran di masjid..dr segi solat pula,byk benda yg ak cukup2 terasa..masyarakat di sini sgt mengutamakan saf yg lurus dan rapat..bahu bersentuh bahu..hujung jari kaki bertemu hujung jari kaki jemaah bersebelahan..tumit diselari dan diluruskan antara satu sama lain..sekiranya ada yg x lurus,akan ditegur oleh mereka..mereka berasa selesa utk berada dlm satu saf yg lurus dan rapat..owh,indahnya..berbeza dgn kita di malaysia..dekat malaysia ak rasa sedikit pening bila ada sebahagian jemaah yg tidak mahu memenuhkn saf di depan mereka..sedangkn sudah terang2an kosong..hanya perlu diisi oleh mereka yg benar2 memahami kepentingan dan keutamaan berada pd saf di hadapan..hendak ditegur pn rasa serba salah kerana mereka adalah warga2 tua..salah tegur,ada juga yg terasa hati nnt..hal ini blh kita lihat dgn jelas terutamanya sewaktu solat terawikh..ak juga difahamkn hal ini juga berlaku dlm kalangan jemaah wanita di malaysia..malah lebih teruk..adakah kita perlu menunggu arahan dr pak imam??

"sila luruskan dan penuhkan saf2 yg kosong di hadapan anda..kerana saf yg lurus itu sebahagian dr kesempurnaan solat berjemaah.."

adakah kata2 itu yg kita tunggu baru kita akan tergerak utk memenuhkn saf di hadapan kita?kenapa x berebut2 utk berada di saf yg terutama..saf paling depan?pelik manusia zaman sekarang ni..ni baru utk bersolat,belum utk berperang..klu solat pn sudah x mahu berada di saf paling hadapan,bila berperang pula bagaimana??

sama2 kita fikirkan..moga ada manfaat..

2 comments:

najihah iman said...

salam ziarah...

nice bl0g~
keep it up!

ahmad said...

syukran..insyaAllah..