Sunday, December 7, 2008

Kullu sanah wa antum bilkhair..

In the name of Allah the most gracious n the most merciful..
alhamdulillah,setelah lama berkuliah di bumi mesir ni,tibalah suatu hari yg dirayakan umat Islam..hari raya aidiladha..khabar2nya di bumi mesir ni hari raya aidiladha disambut dgn meriah klu nk dibandingkn dgn hari raya aidilfitri..thn ni sempat meraikan aidilfitri di malaysia..jd tidak terasa kejanggalan utk beraya aidiladha di sini..dinanti ketibaannya dgn penuh sabar..

kuliah di universiti cairo akan bercuti selama seminggu..bermula dr hari ahad ni smpailah hari sabtu yg depan..hari ahad ni hari arafah..jd kita sgt digalakkan utk berpuasa sunat pd masa yg sama jemaah haji akan brkumpul di padang arafah..ku doakn moga seluruh ahli keluarga ku dipermudahkn menunaikn haji,mndapat haji mabrur dan sntiasa dlm kerahmatan Allah s.w.t. insyaAllah..dan moga2 tiba masa ku pula utk menyahut seruan menunaikn haji x lama lg..jarak dr cni ke mekah saje lebih kurang 3 hari 3 malam perjalanan menaiki kapal laut..klu menaiki kapal terbang pastinya mgambil jangka wkt yg lebih singkat..cuma kosnya sedikit tinggi..

keadaan sewaktu ketibaan aidiladha di mesir ni mmg sedikit berbeza nk dibandingkn dgn malaysia..masyarakatnya sudah menggantung banner2 yg mengalu2kn ketibaan hari ini..lembu dan kambing kesemuanya ditambat di tepi2 jalan..dibuatkn satu kandang baru utk kambing dan lembu2 ni sebelum mereka akan dikorbankn pd hari raya aidiladha..unta kurang kelihatan..hanya ada sekitar 4 dan 5 je yg dpt ku lihat..itupn di tempat2 yg berbeza..mungkin kebanyakan unta x ditambat di tepi jalan..sudah beberapa kali diucapkan kepadaku 'kullu sanah wa antum toyyibin' oleh Dr Heba,Ustaz Magdi dan beberapa org lecturer di fakulti perubatan ni..ucapan itu sering keluar dr mulut warga arab beragama Islam apabila bertemu dgn sahabat handai yg mereka kenali..mndoakan semoga sahabat mereka sntiasa dlm keadaan terbaik dr semua aspek..


KORBAN


alhamdulillah,dgn adanya rezeki yg lebih,dptlah ak masuk bahagian korban pd thn ni..buat pertama kalinya ak masuk korban mggunakan elaun dan duit dr poket ak sndiri..biasanya sblm2 ni mggunakan duit abah..nmpk gayanya aidiladha kali ni akan mnjadi aidiladha yg lebih bererti bagiku..harga satu bahagian lembu dalam 750 LE..unta lebih mahal cket dr lembu n kambing biri2 paling murah..exact price utk unta n lembu,ak pn x berapa pasti..

actually ak x terfikir pn nk msk bahagian dlm korban kali ni..tp setelah berlaku keadaan di mana seorang akh ni meminta ak mempromosikn pd batch ak sesiapa nk msk korban coz dah nk tutup pendaftaran msk korban sedangkn masih ada 4 bahagian kosong utk lembu..jd setelah fikir2 beberapa hari,ak pn decide utk msk ambil satu bahagian..mungkin thn depan ak x berkesempatan utk buat korban dah..lebih2 lg ak target thn depan ak nk pergi menunaikn haji..walaupn dateline pendaftaran dah ditutup,ak try contact akh berkenaan utk brtanya sekiranya masih ada kekosongan..alhamdulillah,setelah berjam2 menunggu reply msg dr akh berkenaan,akhirnya ak diberitahu masih ada satu bahagian je yg tinggal..ketentuan Allah akhirnya dptlah ak mnjadi penutup dlm tempahan bahagian korban lembu berkenaan..thanx to Allah..so,ak x nk berfikir panjang coz rasanya bila kita nk buat baik x perlulah berfikir byk2 lg..takut godaan syaitan manyelinap menggoda dan mengubah fikiran..kerana kita manusia yg lemah..

BAKAN


setakat ni ak bercadang utk beraya di BAKAN johor..badan kebajikan anak negeri johor..rumah yg ak masih x kunjung tiba..khabarnya terletak di hayyu thamin ataupn seksyen 8..borang kemasukan BAKAN johor pn rasanya masih belum ku hantar..ish,teruknyer diriku..hm..ak berhasrat utk meraikan raya aidiladha di sana..ak akan pergi bersama beberapa org rakan yg juga anak negeri johor..insyaAllah johor terus maju!!he3..khabarnya ahli perubatan yg menjadi anak negeri johor sgtlah kurang..means masih kurang org johor yg mengambil jurusan perubatan di cairo ni..jd tunggu apa lg warga johor??ayuh,dtg blaja di sini..

pengalaman beraya di sini pastinya mendebarkn kerana julung2 kalinya pengalaman raya di bumi mesir..pasti byk bezanya..dr segi takbirnya pasti sgt berbeza..x berlagu mendayu2 seperti di malaysia..tiada kesedihan melanda..yg ada cuma puji2an yg dicurahkn setinggi2nya kepada maha pencipta..debaran ini bukan debaran ketakutan,tp debaran perasaan inkuiri yg sgt tinggi..owh..terkenang ak pd family di mekah..pasti debaran mereka lebih hebat..terpilih mnjadi tetamu Allah pd thn ini utk melaksanakn haji..bukan mudah..pasti ada dugaan dan rintangan tersendiri..moga mereka dipermudahkn..

akhir kalam..ak mengucapkn selamat menyambut aidiladha pd semua warga malaysia khususnya dan seluruh umat Islam umumnya..jdkn aidiladha kali ni lebih bermakna dgn byk bersedekah dan mmbantu mereka yg kurang upaya..Allah sentiasa melimpahkn rahmat dan rezeki pd hambanya yg bersyukur..


"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA"

No comments: