Friday, November 28, 2008

bermasalah??

Alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran pd Allah..selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah s.a.w...
dgn limpah rahmat dr Allah dptlah ak merasa kehidupan hari2 seterusnya..cuma nikmatnya sering kala ak lupai dan mula menjauh drpdnya..Alhamdulillah ak masih diberi kesedaran utk segera kembali pdnya yg mmberi segala nikmat ini..

manusia...
hakikatnya xkan lepas dr pelbagai masalah..terkenang zaman kanak2 dimana kurangnya masalah..masalah yg ada hanyalah sekadar masalah yg kecik seperti x dpt mainan yg dikehendaki..walaupn dah mogok sehari n sebagainya..ho3
indahnya kenangan..bila ia kembali menjengah..kenangan yg pahit pn akan jadi manis bila ia menjadi sejarah..

mcm tulah kehidupn seorg manusia..mana mungkin seorang manusia tidak bermasalah..
tp setiap masalah perlu dilihat dr sudut positif..mcm mana masalah yg sebenarnya melengkapkn diri kita..bayangkn hidup tanpa masalah kita tanpa masalah..hanya akan membuatkn kita malas utk berfikir menyelesaikan masalah n membantutkn perkembangan diri kita..
masalah juga terbukti mematangkn cara diri kita berfikir dan sebagainya..n masalah itu datang dr diri kita..bukan dr org lain..

apa yg nk dititipkn di sini ialah sejauh mana masalah itu mendekatkn diri kita kepada Allah..
sejauh mana suatu masalah yg mendatang memungkinkn kita menyedari hakikat pencipta yg berkuasa di atas alam ni..
pencipta yg menyusun segala kehidupan..menyusun kehidupan kita menurut apa yg terbaik utk diri kita..
kadang kala masalah boleh juga menyebabkn kita semakin jauh dr pencipta iaitu bila kita berputus asa..
sedarlah bahawa putus asa bukanlah suatu penyelesaian masalah..Allah hendak menguji kita dgn masalah tersebut dan wajarkh kita berputus asa??



doa adalah jwpn kepada segala masalah kita...
berdoalah kerana doa itu mampu meringankn rasa beban suatu masalah..
doa itu tanda pengharapan kita kepada Allah..meletakkn sepenuh keyakinan padanya..
kita yakin kekuasaan Allah utk menyusun kehidupan kita..mempermudahkn segala urusan..

'rabbi yassir wala tu'assir fi durusina wa 'ubudina wa 'umurina..'


berbekalkan keyakinan yg ada bahawasanya Allah bersama2 kita dan akan sentiasa membantu,kita akan lebih mudah mengorak langkah utk menyelesaikan masalah dengan tawakal yg begitu tinggi..
masalah sedang menghadapi peperiksaan spm dan sebagainya blh diselesaikn dengan mendekatkn diri kita kepada Allah..
x perlulah malam spm tu baru nk baca segala jenis buku..cukup sekadar sekali dah habis baca kemudian kita spent kn lebih masa utk mengadu pada pencipta masalah yg dihadapi n memohon agar dipermudahkn dlm imtihan atau periksa..
kenapa saya asyik mengatakan ttg periksa??kerana sebagai manusia yg bergelar pelajar,kehidupn saya pn x lekang dr menghadapi peperiksaan..after upsr,pmr..then spm..dan bermacam2 lg imtihan yg menjengah apabila menjejakkan kaki ke alam universiti..

Mudahnyalah

mudah bukan tips ni..walaupn mudah tp sejauh mana ia terlaksana dlm diri kita..sejauh mana kita benar2 menghayati erti Allah bersama2 kita dan kepadanya sahaja tempat mengadu..
salah satu cara utk merasakan dekatnya Allah dgn diri kita dan akan membantu tiap2 masa adalah dgn menjauhkn diri dr maksiat atau perbuatan2 yg x berlandaskn syara'..
dunia akhir zaman ni mencatatkn bahawa sukarnya diri kita utk mengelakkan dr melakukan maksiat seperti maksiat hati dan sebagainya kerana di mana2 sahaja kita berada kita akan berada dlm suasana kefasadan dan kejahilan manusia ttg Islam..

teringat saya pd suatu hadis yg mafhumnya berbunyi begini..pada akhir zaman ni org yg benar2 mengamalkn Islam akan menjadi golongan2 yg pelik pd org lain..kerana bilangan mereka sgtlah minoriti dan tidak dominan..

apa 'ibrah atau pengajaran yg blh diambil drpd mafhum hadis ni??
antaranya ialah org2 yg mengamalkn Islam dlm seluruh pencakupan hidupnya akan dianggap berfikiran jumud dan diperkotak katikkan oleh org2 yg x beramal dgn Islam..
mereka menganggap kita x selari dgn perkembangan semasa..tp cukuplah Allah bagiku Dialah yg terbaik tempat aku bergantung..

Hasbiyallhu wa ni'mal wakiil..

akhirul kalam..
bersama2lah kita kembali menguatkn kefahaman diri ttg Islam dan beramal dgnnya kerana kefahaman sahaja tidak mencukupi..amal adalah yg utama..
bersama2 kita menjadi elemen penggerak kebangkitan Islam di abad ini..
sekiranya ini adalah salah satu dr kebangkitan Islam,mahukah anda terlepas utk menjadi salah satu pendokong kebangkitan tersebut??
sekiranya anda x kisah ttg bnda ni,anda blh teruskan kehidupan anda seperti biasa as a normal person n do normal things..tp sedarlah yg hidup kita punya matlamat..bukan sekadar menjadi robot yg melakukan the same things everyday..
sekiranya anda mahu mnjadi salah satu pendokong dalam kebangkitan Islam..sedarlah bahawa anda sentiasa perlu mengislahkn diri anda mnjadi seorg yg lebih baik drpd hari semalam..



ingatlah pesanan asSyahid imam hasan alBanna..

'Islah nafsak,wad'u ghairak..'


Jgn ketinggalan utk merebutnya..peluang hanya datang sekali sahaja..the power is in ur hand~

No comments: