Saturday, November 29, 2008

Palestin memanggil kita..

Palestin..

suatu nama yg sering kedengaran dan sedia maklum oleh sebahagian besar manusia sebagai tempat yg masih lg tidak kering dengan darah,teriakan dan gegaran yg bukan disebabkn oleh gempa bumi..tp gegaran dr ledakan bom musuh2 Allah..zionis..
teriakan bayi yg menangis kesakitan,kepedihan apabila kehilangan ibu yg melahirkan..bayi yg belum mengenal erti hidup,terpaksa berdikari sendiri..membesar dlm kekurangan kasih sayang dua org insan yg bernama ibu dan ayah..
bila membesar dan sudah pandai bercakap,betapa pilunya hati2 yg mndengar rintihan hati mereka..tangisan air mata yg sudah hampir kering kerana terlampau banyak meluahkn isinya..

'aina ummi??aina abi??ya akhi,aina ummi wa abi??'rintih seorang anak palestin..


pilunya hati tidak trgambar lg..sebak didada tidak dapat dibendung,hati mnjadi tidak keruan apabila melihat wajah2 yg penuh kerinduan..
semua itu hanya gambaran apa yg bakal ku hadapi sekiranya ak berada disana..bertatapan dengan mereka..mampukah ak menahan sebak di dada melihat kemusnahan dan pembunuhan yg telah dilakukan oleh zionis2 israel ini??sedangkn ak yg hanya melihat mereka di kaca2 media elektronik dan helaian2 suratkhabar sudah blh mmbayangkn keperitan hati mereka..tp kepayahan dan kepedihan hati mereka tidak dpt kita gambarkan kerana kita tidak berada sndiri di dalam situasi tersebut..

'sabarlah adik..abang faham perasaanmu..'

ah,itu tidak mungkin..kita x mampu memahami perasaan mereka kerana kita sendiri x berada dlm situasi tersebut..percayalah..perasaan mereka lebih perit dr yg kita gambarkn..dr yg mampu kita bayangkn..
kepedihan yg mereka alami menjadikan mereka seorg yg berjiwa pejuang..tabah hadapi segala dugaan..
sedangkn junjungan besar Rasulullah sendiri sudah ditinggalkn kedua ibu bapa yg pergi sewaktu baginda kecil..hal ini menjadikn baginda seorang yg tabah dan berjiwa pejuang..
mungkin itu yg blh kita gmbrkn ttg jiwa anak2 palestin ni..mereka begitu bersemangat utk menentang zionis sedangkan kita masih mengaharapkn dan meletakkan selautan harapan kepada zionis ni utk mmbantu kehidupn kita..
kenapa saya berkata sedemikian rupa??kerana kita masih bergantung pd produk2 yg dihasilkn oleh zionis laknatullahi 'alaik..kita x mampu mncari mahupn mencipta suatu alternatif baru utk kita gunakan..

anak2 palestin tidurnya dikejutkan dgn ledakan bom yg mmbingitkan telinga tanpa kira waktu,sedangkn kita tidurnya ntah dikejutkan ibu dgn penuh kasih sayang mahupn jam loceng yg memainkn peranannya apabila tiba waktu yg telah ditetapkn pdnya..

anak2 palestin bersenjatakan batu menentang kereta2 kebal zionis yg bergerak dihadapannya,kita seboleh2nya mahu melarikan diri dr kelas malah tidur didalam kelas sewaktu cikgu atau lecturer sedang mengalirkn ilmunya..

anak2 palestin meraung dan menangis kerana kematian ibu bapanya,kita hanya bergelak ketawa bergembira bersama rakan2 kita dan kadangkala mengabaikan tanggungjwb kita pd kedua ibu bapa..

adakah kita menunggu tibanya ujian Allah yg besar ni ke atas diri kita barulah kita mahu menghargai kedua ibu bapa dan bersungguh2 dlm belajar??sungguh,kita akan tergolong dalam golongan2 khasiriin iaitu org2 yg rugi..

itulah senario di dua tempat berbeza..tempat dimana datangnya ujian Allah dlm bntuk nikmat dan tempat dtgnya ujian Allah dlm bntuk kesusahan..yg mana satu tempat akan melahirkan manusia2 muslim yg benar2 berani dan benar2 keislamannya??

anda nilailah sendiri atas akal yg rasional dan pertimbangan yg waras..jadi perbaikilah diri sebelum terlambat..sebelum Allah menterbalikkan keadaan..yg senang mnjadi sukar..disamping tu doakan saudara2 kita yg berjuang utk mmbebaskn alAqsa kerana kita x mampu utk turut serta berjuang bersama mereka..ubahlah diri..bantulah mereka sedaya upaya mungkin..belajarlah bersungguh2 agar suatu hari nnt kita mampu mmbantu mereka dr segi ekonomi pula..insyaAllah..

'addoa silahul mu'min..'

2 comments:

faqiha said...

btul la ape yg awk post ni..agk mmbawa makne yg dlm..

ahmad suhaib said...

utk renungan..tQ