Friday, November 28, 2008

fatrah kita jihad ilmu~

In the name of Allah..the most gracious n the most merciful..selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w...

alhamdulillah,ak masih dikurniakan nikmat iman dan islam pd hari ini..2 nikmat utama dan yang paling besar hadiahnya dr Allah utk seorg manusia..tanpa iman dan islam kita xkn ke mana..

hari ni tepat 1 bulan 21 hari ak dah berada di ardul kinanah,ardul anbiya',bumi nabi musa dan nabi2 terdahulu iaitu bumi barakah bumi mesir..indahnya berada berjauhan dgn keluarga kerana semakin jauh semakin dekat rasanya di hati walaupn kerinduan x dpt ku gambarkn lagi..dikala sibuk menguruskan pelbagai perkara dan belajar,ak dpt lari dr masalah kerinduan ini..dikala ak bersendirian,keseorangan menghadapi kepayahan hidup,wkt tulah kerinduan ini akan mengasak2 benakku,menjadikn ak seorang yg lebih tabah dr hari semalam..



ak sedang berada dlm suatu medan jihad..walaupn jihad ku x segagah kanak2 palestin yg meletakkan nyawa sebagai taruhan,ak sedar ini adalah medan yg perlu ku tempuhi..ak sedar bahawa ak perlu berjihad menangani suatu perkara yg utama iaitu jihad terhadap nafsu ini yg sering suka pd dunia,suka pada kesenangan,suka pada kerehatan..
jihad ini hadir pd diri semua manusia..jihad melawan hawa nafsu diri sendiri..

adakah kita sudah tersungkur terhadap hawa nafsu kita??menuruti segala arahannya??

sedarlah bahawa hawa nafsu akan hanya mmbawa diri kita ke lembah kebinasaan..dan mulalah timbul suatu penyakit yg sukar dicari ubatnya dalam diri pemuda dan pemudi islam mahupun seluruh umat Islam amnya iaitu..

'Hubbun dunya wa karahul maut..'

penyakit cintakan dunia dan takut pd kematian..terlampau sibuk dgn urusan dunia,mencari kemewahan,kesenangan dan sebagainya sehinggakn lupa matlamat asal kehidupan sebagai seorang muslim..utk mnjadi khalifah di atas muka bumi ini dan memakmurkannya selari dgn tuntutan islam..

ak x menafikan bahawa ak juga mmpunyai perasaan tersebut..cintakan dunia dan takut pd kematian..
kerana kita sudah terlampau bersenang lenang dlm kehidupn..disemai dan dibesarkn dalam keamanan..tiada kedengaran bom2 dijatuhkn ketika kita baru dilahirkan..yg didengar hanya suara laungan azan di awal kelahiran dr ayahanda yg tercinta..suara laungan azan yg penuh makna..meletakkan kalimah tauhid sebagai asas utama dlm diri kita..

'asyhadu anla ilaha illallah..'

aku naik saksi tiada tuhan yg disembah melainkn Allah..
itulah kalimat yg penuh bermakna dibisikkan oleh ayahanda kita di awal kelahiran..ayat itu di tegaskan lagi dgn pengulangan sebanyak dua kali..

adakah kita lupa???

pernahkah kita teringat ttg semua ini?walau siapa pn anda,anda berada dlm fatrah berjuang skrg ni kerana anda perlu melakukan sesuatu utk bersama2 menaikkan kembali Islam di atas muka bumi ini..Islam yg sudah terbukti mmbawa keamanan kepada umat manusia..yg bersikap adil pd semua agama..yg tidak menindas golongan2 yg tua,mahupn wanita dan kanak2..


Sedih

sebenarnya ak berasa sedikit sedih kerana esk pd 29 haribulan seluruh keluargaku akan pergi menunaikn ibadah haji di tanah suci mekah..ak??x dpt turut serta kerana ak berada di bumi mesir ni pd tahun pertama..
walaupn nama ku dh tersenarai dlm penunai ibadah haji pd thn ni oleh tabung haji,tp trpaksa ak tangguhkannya..
nmpknya hanya ak seorang yg x dpt bersama2 keluargaku pegi menunaikn haji..
moga mereka semua dipermudahkn segala urusan sepanjang berada di sana..moga ibadah mereka diterima oleh Allah maha pencipta..amin
ak sedar,sekiranya ak berasa sedih,ummi lebih berasa sedih kerana ketidak bersamaan ak dalam menunaikn ibadah haji ni..tp apakan daya,kesedihan ummi terpaksa juga berlaku demi melepaskn anaknya belajar di bumi mesir ni..teringat ak pd kata2 seorang tokoh iaitu imam syafe'i..

'aku tidak tahu ilmu yg lebih mulia selepas ilmu halal dan haram melainkn ilmu perubatan..tapi ahli kitab telah menguasainya..'(imam syafe'i)


kata2 imam syafe'i penuh makna dan ak tahu inilah jalanku dan perananku sgt besar..begitu juga besarnya harapan keluargaku pd dirku..mahu melihat ak mnjadi seorg doktor muslim yg da'ie..owh,besarnya pengorbanan ummi bila ku terkenang semuanya..tidak mampu kubalas..

jd betapa besarnya tanggungjwb yg ku galas..ak punya matlamat tersendiri apa yg mahu kubuktikan pd keluarga...bukan hanya menjadi seorang doktor biasa..doktor yg merawat fizikal manusia..tp ak mahu menjadi doktor yg merawat hati2 manusia..
percayalah bahawa pesakit akan lebih percayakan anda dan mudah mndengar nasihat anda..itula yg mahu kulakukan..
dalam merawat manusia yg jahil ttg agama,tiada perkara yg lebih utama dr menyentuh hati2 mereka utk menerima dan menjadikan islam sebagai suatu cara hidup..


'alyauma akmaltu lakum dinakum wa atmamtu 'alaikum ni'mati waraditu lakumul islamadina..'

Allah dah berfirman bahawa telah dilengkapkn agama islam ini..jd tiada agama yg lebih syumul,lengkap dan menyeluruh melainkan agama islam..ak ingin bersama2 mengajak mereka2 yg masih tidak mengenal erti Islam yg hakiki utk mengenal erti Islam..itu antara matlamatku mnjadi seorg doktor..iaitu seorg doktor yg da'ie bukan doktor biasa..semoga segala urusanku termasuklah belajar dipermudahkan..

faqir ilallah...ana 'abdullah,hamba Allah..

No comments: