Monday, August 17, 2009

Ramadhan dan ragam manusia

Bismillahirrahmanirrahim


Pelbagai gelagat manusia dapat diperhatikan.Setiap individu dengan ragamnya tersendiri.Ragam manusia yang terzahir hasil cerminan peribadi mereka.Ada yang baik dipandang mata dan ada yang kurang sedap dipandang.Fitrah manusia itu dijadikan berbeza2 sifatnya yang mewarnai kehidupan ini.Apabila wujudnya berbeza2 sifat ini jadi wujudnya interaksi antara manusia dengan keadaan saling memerlukan antara satu sama lain.Perlukan nasihat satu sama lain untuk perbaiki diri.Perlukan kerjasama antara mereka dalam melaksanakan sesuatu matlamat.Maha Suci Allah yang telah ciptakan semua ini dengan penuh hikmah yang nyata dan tersembunyi.


Alhamdulillah rejab sudah berlalu,sya'ban hampir berakhir dan ramadhan akan kunjung tiba tidak lama lagi.Masa akan sentiasa berlalu tanpa menunggu kita.Begitu juga ramadhan yang akan tetap tiba tanpa mengira kita sudah bersedia ataupun tidak.Kerugian besarlah bagi orang yang tidak mempersiapkan dirinya untuk ramadhan, orang yang melalaikan dirinya dan terlalai untuk meraikan ibadah di bulan ramadhan.Sedangkan ramadhan datang hanya sekali setahun.



Peringatan dari Rasulullah

Pernah suatu ketika ketika Nabi Muhammad hendak naik tangga ke atas mimbar,baginda berkata,"amin" pada tangga pertama.Kemudian baginda melangkah ke tangga kedua baginda berkata lagi "amin".Kemudian baginda melangkah lagi ke tangga ketiga baginda mengulangi lagi "amin".

Maka para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin,(sebanyak tiga kali) wahai Rasulullah?” Nabi Muhammad bersabda:

“Telah datang malaikat Jibril kepadaku dan ia berkata : 'Celakalah seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!', maka aku berkata : 'Amin'.

Kemudian Jibril berkata lagi. 'Celakalah seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin' “.

Kemudian Jibril berkata lagi.'Hai Muhammad celakalah seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin'."
[Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]


Suasana Malaysia Mesir

Wujudnya dua situasi berbeza yang dapat diperhatikan dan ditafsirkan antara negara Malaysia dan Mesir.Kebanyakan masyarakat di Malaysia bimbang dan sibuk apabila tibanya ramadhan.Bimbang tidak dapat cuti untuk beraya di kampung halaman.Bimbang baju raya tidak sempat siap ditempah sedangkan masih belum menjangkau ramadhan dan masih di dalam bulan sya'ban.Masyarakat mula sibuk memperkatakan mengenai persiapan syawal.Sana sini masyarakat banyak membicarakan bagaimana perancangan untuk bulan syawal.Warga tua dan anak kecil semuanya terkesan dengan pebudayaan ini.Mereka sibuk membeli belah untuk syawal sehingga penat seharian dan tidak mampu untuk berdiri 20 rakaat terawikh apatah lagi untuk bangun berqiamullail di tiga perempat malam.Pembudayaan meraikan ketibaan syawal yang terlampau sehinggakan ramadhan seperti tidak diendahkan dan dianggap hanya salah satu bulan biasa di dalam bulan2 Islam.Tidak lebih dan tidak kurang.Sedangkan di dalam bulan Ramadhan terkandung pelbagai rahsia2 yang tersembunyi.


Berbeza situasinya di Mesir.Menjelangnya ramadhan,masyarakat di sini mula meraikannya dengan warna warni poster2 berkenaan ramadhan.Ada sesetengahnya memasang lampu2 bagi memeriahkan lagi suasana untuk menanti ramadhan.Warga tua dan anak kecil sudah mula mengucapkan 'Ahlan ya Ramadhan'.Bila bertemu,saling mendoakan agar ramadhan dapat diisi dengan ibadah yang diterima di sisi Allah dan diberikan keampunan.Masjid2 mula dipersiapkan untuk menerima jemaah terawikh Ramadhan.Pembudayaan al-Quran bertambah rancak.Di mana2 sahaja akan kelihatan orang sedang tadarus al-Quran hatta di dalam bas atau metro yang penuh sesak.Di mana2 sahaja terlihat al-Quran tersemat kemas di dalam poket mereka.Apabila ada saja waktu senggang,al-Quran terus dicapai.Pembudayaan menghidupkan ramadhan sangat ketara di sini sehinggakan kita akan terasa untuk turut serta berlumba2 dalam beribadah.

Bilalah saatnya masyarakat Malaysia akan bermula pembudayaan menghidupkan ramadhan?



Matlamat Ramadhan

Apa matlamat kita dalam bulan ramadhan ini?Jika ditanyakan pada adik2 di sekolah rendah mungkin matlamatnya adalah untuk berpuasa penuh dalam bulan ramadhan tanpa mencuaikan walau sehari pun.Bila ditanyakan pada adik2 di sekolah menengah mungkin matlamatnya supaya ramadhan kali ini dapat mengkhatamkan dua kali al-Quran.Bila ditanyakan pada pelajar2 universiti,wajarnya matlamat mereka lebih jauh dari matlamat adik2 di sekolah rendah dan menengah.Matlamat tersebut sudah pasti berbeza2 berdasarkan pada tahap kefahaman Islam individu dan tahap pencapaiannya pada ramadhan yang lepas.

Walau apa pun matlamat anda,biarlah matlamat itu suatu peningkatan dalam ibadah berbanding pencapaian ramadhan anda yang lepas.Sekirnya ramadhan anda yang lepas anda telah puasa penuh,khatam sekali al-Quran,sembahyang terawikh 20 rakaat penuh,qiam setiap minggu sekali maka tingkatkanlah target amalan anda untuk ramadhan kali ini.kita boleh tambahkan untuk menghidupkan 10 malam terakhir ramadhan,sedekah duit sebanyak rm1 atau 1 LE setiap hari,lazimi mathurat pagi petang dan lain2.Sekiranya anda hanya bermatlamat untuk puasa penuh di bulan ramadhan sedangkan anda sudah besar panjang,bimbanglah sekiranya diri anda termasuk dalam kalangan orang2 yang rugi kerana ramadhan yang datang kali ini tidak semestinya akan datang lagi pada anda pada tahun2 depan.


Kita boleh ambil contoh saidina Umar mengenai persiapan beliau bagi kematian
menjemputnya.Bagaimana beliau berkata : "hari ini mungkin orang memperkatakan bahawa fulan bin fulan telah meninggalkan kita dan dunia.Pada masa akan datang pula akan tiba masanya orang berkata umar alKhattab telah meninggalkan kita dan dunia."

Mati itu adalah suatu yang pasti.Persoalan dan pertanyaan mungkar nakir akan menemani kita di dalam kubur kelak.Sekiranya baik timbangan amalan kita,maka jadilah kubur kita salah satu dari taman2 syurga.Jika sebaliknya,maka jadilah kubur yang sempit lagi menghimpit ditemani binatang2 berbisa yang menyeksa pada setiap masa atas kelalaian kita.Tapi kita masih leka dan gembira dengan dunia seolah2 kematian hanya akan menjemput setelah keluarnya uban di kepala,setelah wujudnya kedut2 di muka ataupun setelah pinggang berbongkok tiga.Tertipulah orang2 yang berfikir sedemikian rupa.Kita hanya hidup sebagai hamba.Hidup mati kita pada masa akan datang ditentukan oleh pencipta.

Jadi rebutlah peluang yang datang setahun sekali ini.Masih tidak terlewat untuk kita perbetulkan mind-set kita berkenaan ramadhan dan masih tidak terlewat untuk kita bersiap sedia mental dan fizikal menanti ketibaannya.Sekiranya ini ramadhan terakhir kita,biarlah ramadhan ini juga merupakan ramadhan terbaik kita.Hidupkanlah bulan ramadhan kali ini walaupun orang memandang pelik ke atas kita kerana Rasulullah telah awal2 mengingatkan bahawa di akhir zaman ini,orang yang membawa dan mendukung Islam akan dianggap pelik.Bulan ramadhan bulan tarbiyah Allah ke atas makhluknya.Moga kita berjaya dalam tabiyah ini.Ya Allah,jauhkanlah kami dari tergolong dalam golongan hamba2Mu yang melalaikan tugas dan ibadah kepadaMu.Berilah kami berjaya dan thabat di atas jalan ini.

Allahumma ballighna wa bariklana fi ramadhan.amin.

Monday, April 13, 2009

Jom ingatkn..!

"eh,bnda yg dia buat ni x berapa betul dgn yg islam anjurkn.boleh ko tlg tegur dia?secara baikla." soal saya pd seorg sahabat.

"erk.ak susah la nk tegur dia.nnt terasa hati plak dia.jd x rapat." keluhan berat diluahkn.

terpaksa cari org lain utk diminta bantuan.

"ak akan tegur jgk,tp ko pn tlg tegurkn skali boleh?" soal sy mengharap.

"eh,ak x rapat dgn dia.cmne ak nk tegur.susah la.kena tunggu rapat dulu.lgpn ak sndiri 'still' mcm ni.teruk jgk." keluhan demi keluhan dilepaskn.

kelu rasanya.kt siapa boleh ak mintak tlg lg?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tanggungjawab siapa??

Perkara ni bukan la suatu perkara yg baru.

segan.takut.jd siapa yg bertanggungjwb utk berpesan2 pd kebenaran dan kesabaran?

  • sahabat karib?eh,x boleh,takut hubungan renggang.
  • sahabat biasa?x rapat pulak.tunggu la rapat duluu.
  • rasa diri masih teruk?jd bila lg nk berubah?

akhirnya,dakwah ke arah kebaikan terkulai begitu sahaja.

sikap yg patut ditegur tidak ditegur.

akhirnya mad'u ni terus terleka dgn sikapnya.

salah siapa?kita bersalah atau x?

bimbang.bimbang prkara ni mnjadi dalil pd mad'u tersebut di akhirat.

"Ya Allah,si fulan ni x pernah menasihatkn sy pn dulu."

akhirnya,sedikit demi sedikit pahala kita dikikis di akhirat akibat kecuaian kita dlm laksanakn tanggungjwb sehingga jdlah kita org yg muflis.

sebabnya?dipertanggungjwbkn dan dipersalahkn kerana x menyampaikn atau berpesan2 pd kebenaran.

na'uzubillahi min zalik.

pd masa yg sama,dakwah sbnrnya melatih kita utk perbaiki diri sndiri.

mulut org yg bercakap,lebih dekat dgn telinganya utk dibandingkn dgn telinga mad'u.

jd,diri masih teruk bukanla suatu alasan pengecualian utk kita x berdakwah.

kita juga perlu berubah!

perlu diingati bahawa dakwah bukan hanya terletak pd skop ajak ke majlis ilmu,bahkan lebih dr tu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"eh,kesian kt 'lecterur' tu.boleh x korang perlahankn suara cket.tak sembang trus buat masa ni lg bgs!selepas ni bkn tak boleh sembang dh." kata ahmad smbil tersenyum.

"hehe.orait2.sory2." balas mereka smbil senyum dgn bersalah.

terus hentikan perbualan dan mula fokus.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sedar x sedar,berlaku dakwah di situ.dakwah berlaku bila mana kita ajak pd kebaikan.

ini antara contoh dakwah yg paling mudah.

berat sgt ke beban dakwah ni?

pd zaman ni mmgla berat.kerana suasana akhir zmn ni sememangnya pelbagai fitnah melanda.

lebih2 lg bila wujudnya 2 golongan:

  1. org yg jahil,tp berani berhujah.
  2. org yg alim,tp bersikap takut utk menyampaikn.

dakwah org ke arah islam sbnrnya mnjadi tanggungjwb setiap individu muslim.

Firman Allah yang bermaksud:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)


sepatutnya kita berlumba2 dlm mgajak sahabat ke arah kebaikan kerana ganjaran yg dijanjikn Allah sgtla lumayan sepertimana disampaikn Rasulullah.

“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik
bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)


ganjaran yg bakal diperolehi dah diketahui dan dibocorkn.masih x nk berebut utk mgajak org pd islam??

Tidur nyenyak

kita ibarat org yg tidak tidur di kala org lain nyenyak tidur lena.

kita sedar berlaku kebakaran.jd perkara pertama yg perlu kita lakukan pastinya adalah kejutkn mereka2 yg nyenyak tidur terlebih dahulu sblm kita memaklumkn kebakaran yg sedang berlaku.

sebelum kita memaklumkn mengenai kebakaran tersebut pastinya ada cercaan yg diterima dr sebahagian mereka apabila kita mganggu tidur mereka.

begitu jugalah dakwah.ada kalanya cercaan ataupn sindiran pasti kedengaran.

tapi kita perlu tabah sekiranya kita yakin inilah jalan yg blh mmbawa kepada kesejahteraan kita dan sahabat kita.

seni2 dan marhalah dlm dakwah juga perlu difahami..ada garis panduan yg telah ditetapkn supaya ianya lebih berkesan.

teknik2 utk menasihati juga perlu tepat.seorg da'ie seharusnya pndai mencari peluang utk menyelitkn unsur dakwah dlm perbualan mereka.

bg sesetengah pemain bola muslim,ada yg berdakwah secara x langsung dgn bersujud syukur bila menjaringkn gol,bersolat di tengah padang sblm bermula perlawanan bola sepak dan sebagainya.

itu dakwah mereka.

anda pula bagaimmana?apa yg telah anda lakukn?bagaimana cara dakwah anda skrg ni?

xkn anda baik hanya utk diri sndiri?x nk smpaikn pd sahabat2 yg lain?

renung2kn dan sama2lah kita beramal.tlg menolong utk mewujudkn suasana ini dlm persekitaran kita.insyaAllah.

Thursday, April 2, 2009

Cinta mendorong kepatuhan..


"alaa.nnt aiman buatla.jap je lg."jwb aiman tatkala ayahnya meminta tolong.

leka.

bermain 'games' xbox yg baru dibelinya.hingga terlupa,siapa yg mmbelikan xbox itu untuknya.

sebelum ni,bukan main memujuk ayahnya utk mmbelikn xbox trbaru tu.

selang 2,3 jam.tetap x berganjak.xbox juga mnjadi pilihan brbanding mmbantu ayahnya yg meminta pertolongan.

trend masa kini.salahkah kita dlm mmbuat perhitungan?dlm mnyusun dan menyenaraikn perkra yg perlu didahulukn.

bingung.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"ok,nnt aiman 'fetch' mira dlm pukul9 malam ni okeh.pakai molek2."

berseri2 aiman ptg tu.mcm kera dpt bunga.mana x nyer,dia akan keluar lg bersama2 wanita yg dipujanya selama ni.

dating mereka yg entah ke berapa kali.di tepi tasik,kwsn muda-mudi bertandang tatkala dinihari.

habis.terleka seorg anak adam dgn dunia.bergelumang dgn maksiat.

maksiat yg sudah jd kebiasaan di serata pelosok dunia.

"alaa,keluar berdua je.bukan buat apa pn."

suara2 yg kedengaran utk mnyokong tindakan mereka yg salah.

syaitan tersenyum gembira.kenyang dgn manusia yg terpedaya.dan terus terleka.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"argh,bosannya lecterur ni ajar."keluh aiman.

"la ko ni.merungut2.tiap2 hari mcm x cukup tido je.apa nk jd ni?"sanggah majid,komen sikap aiman yg kelihatan semakin malas.

"haha.ak bukan pe.jemu tgk lecterur ni ajar tiap2 hari.asyik muka dia je.dah la ajar slow ngan mengarut.ddk rumah main xbox lg bestla kwn.ko apa tahu.ulat buku."jwb aiman acuh x acuh.

majid beristighfar.aiman mmg suka mengkritik dan mengutuk lecterur2 mereka.x sanggup dia hilang keberkatan menuntut ilmu mndengar umpatan aiman terhadap lecterur mereka.

abes kuliah.aiman balik rumah.mula bersemangat.

mcm biasa.sambung perjuangannya.menghabiskn mission yg tergendala smlm.football manager.

perjuangan mesti diteruskn!

mula la.bermimpi jd sprt alex ferguson dan sebagainya.

solat pn sprt patuk ayam.x nk terlambat.bimbang keluar 'games' baru.nnt x smpat 'up to date' ngan 'games' baru tu kalau 'game' ni masih x habis.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salah Letak

inilah remaja dan anak muda masa kini.kecintaannya pd sesuatu telah ditempatkn pd yg x sepatutnya.
bila silap justifikasi,jd akan salah letak sesuatu perkara.yg x utama,akan diutamakan.

  • dia lebih cintakan 'games' dia berbanding ibu bapanya.

  • dia lebih cintakan 'games' dia berbanding ilmu.

  • dia cintakan kekasih yg x syarie'nya itu.

apa yg dikehendaki oleh kekasihnya pasti dituruti.biar walaupn lautan terpaksa diredahi,akan diredahinya.

percaya atau x,kecintaan kita pd sesuatu akan mendorong kita utk mematuhi dan mentaati arahannya.
secara x langsung,perbuatan kita mencerminkn dan menzahirkn tahap kecintaan kita pd sesuatu.

  • cinta pd Allah,patuhi suruhan dan jauhi larangannya.

  • cinta pd rasulullah,lakukan sunnah baginda.hidupkn sunnah tersebut.menyemai akhlak terpuji dlm diri.

  • cinta pd ibu bapa,mmbantu mereka apabila bantuan perlu dihulurkn.mgambil 'ihtimam' nasihat mereka.

  • cinta pd ilmu,memanfaatkn setiap masa yg ada utk mendapatknnya.berusaha bersungguh2 dlm belajar.fokus!

sekiranya kita menetapkn kecintaan kita selaras dgn hierarki yg sepatutnya pasti hidup akan lebih tersusun.x tersilap langkah dlm membuat keputusan.sbb kita dpt menimbang dgn tepat yg mana satu perkara perlu didahulukn.

sekiranya kita x letakkn kecintaan kita selaras dgn hierarki yg sepatutnya:

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"alamak,result ak terukla.second last dlm ranking batch kita."sedih aiman.

"xpe aiman,masih belum trlmbat lg.ni baru ujian pertengahan semester.bukan final exam lg." majid berkata dgn nada memujuk.

"ni mesti sbb ak malas nk belajar ni." sungut aiman.

"skrg,yg akan menentukn mcm mana result final adalah diri ko sndiri.so,perubahan kena start dr skrg la.anggap ni langkah brmula utk ko maju trus ke hadapan.jgn disesalkn perkara yg dah lepas.jgn putus asa utk trus berusaha.usaha mesti dtg dulu sblm kecemerlangan." majid tenang menasihati sahabat baiknya itu.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kesannya,kita akan menyesal dgn perkara yg kita lakukan dulu.sedangkn,org yg betul dlm meletakkan peringkat kecintaannya walaupn gagal,dia sedar bahawa usaha sudah dilakukn ke arah itu.tp belum mncukupi dan Allah mahu mgujinya.jd dia akan sabar dan bersyukur.

berbeza dgn org yg salah perhitungan dalam meletakkan kecintaannya.

pasti menyesal.

percayalah.ini bukan dongengan mahupn omong2an kosong sy.

tp suatu peringatan utk mereka yg terleka.termasuk diri sy.

Thursday, March 19, 2009

Coretan panjang cuti syita' lepas..

lama dah x update blog..
berpuasa 2 bulan dr menulis..he3..
walaupn sbnrnya disebabkn wireless2 free sekitar imarah dah mula di'security'kn..
agaknya setelah menyedari kami dok guna smpai melambung tinggi bil penggunaan,he3..
moga dihalalkn..

so,byk xtvt yg sy nk coretkan sbnrnya..
xtvt yg menarik..
dan sume xtvt tu dah tinggal kenangan..
kenangan yg menggamit getaran jiwa..

cuti syita' yg lepas,satu batch uniCairo MEP08 dah bersama2 mendaki gunung sinai,dahab,kubu salahuddin dan sebagainya..
menarik jugakla..lebih2 lg bila hanya kami yg sertai bnda tu..
walaupn ikutkn perancangan asal PERUBATAN (penganjur),setiap muhafazah akan dibenarkn serami 20 org je..
takdir Allah,jd kami je yg pegi..
menarik sbb program ni secara x langsung seperti xtvt batch,he3..
dpt eratkan ikatan persaudaraan antara kami..
itulah kekuatan yg sedang cuba disemaikan dlm MEP08 ni..

so..perjalanan kami panjang jugak..blh tido lena la dlm bas tu..
ada jugak yg isi masa lapang tu dgn berzikir dan sebagainya..
wkt tu kira release jap la..setelah melalui mid-term exam..
so..xde la yg study sepanjang program ni..
di sni sy selitkn gmbr2 sepanjg perjalanan kami..

bas yg cantik!


berhenti berehat sat kt R&R

perjalanan kami panjang..sepanjang perjalanan kami melalui terowong terusan suez dan sebagainya..
kemudian kami akan singgah ke kwsn kubu tentera israel sewaktu perang israel-mesir..


tugas kita utk blaja bersungguh2..berjuang dgn mata pena..


kubu dan trek tentera israel sewkt perang israel-mesir


ziarah maqam nabi saleh

lewat malam,kami mulakan pendakian gunung sinai..
so,kami bolehla lihat panorama matahari terbit..
melihat kebesaran Allah..
so,sepanjang pendakian ada yg dah x larat naik unta..
alhamdulillah,sy sempat smpai sebelum subuh dan antara yg terawal smpai..
sempatla masuk surau yg kecik kt puncak tu..
berlindung sat dr kesejukan..
tunggu utk menunaikn solat subuh..


puncak gunung sinai


bergambar di puncak

perjalanan turun dr gunung sinai


di kawasan lembu emas samiri

setelah turun dr gunung sinai,pengembaraan diteruskn dgn melawat kwsn lembu emas samiri dan beberapa maqam nabi Allah..

salah satu maqam yg dikunjungi

next 'pit stop' kami,dahab..kawasan pantai berbatu yg cantik..di mesir..


di dahab bersama kuda yg ditunggang

sebelum balik,kami ke kwsn salah satu kubu salahuddin yg ada di mesir ni..
byk rupanya kubu salahuddin..strategik..
mcm mana kita nk mncontohi beliau??

pulau (kubu salahuddin)


bot yg akan dinaiki ke kubu salahuddin

kubu salahuddin


kwsn kubu salahuddin


jalan berliku (kubu salahuddin)


sblm balik dr kubu salahuddin


patriotik!

so,dah penat2..masa kami utk balik..
semua ni akan jd suatu lipatan sejarah dan kenangan..
yg pasti,pengembaraan ni bukan suatu pengembaraan yg biasa..
pengemabaraan yg diniatkn kerana Allah utk melihat kebesaran Allah dan kesan tamadun Islam yg lepas..
moga dgn itu,bertambahla keimanan dan semangat kita utk kembalikan kegemilangan Islam seperti mana suatu masa dahulu..
Islam akan terus mekar di hati..pd diri..insyaAllah..
Allah yusahhil lana..sesungguhnya agama di sisi Allah hanya agama Islam..

faqir ilallah...

Thursday, January 1, 2009

Gegar Palestina..


Palestin terus menerus diserang..baru2 ni diserang dgn serangan yg paling teruk sejak 60 thn yg lepas..
wanita dan kanak2 dibunuh tanpa belas kasihan..
sinonim..bg sebuah kumpulan yahudi..tiada tanah..menumpang,merebut dan merampas..
alasannya hendak mghapuskn HAMAS secara total..
tp siapa yg sbnrnya perlu dihapuskn??

adakah ini salah satu lg petanda kiamat sudah sgt2 dekat??

malangnya kita masih terleka..

sedarkah kita??

para khakkham (ulama besar) yahudi sudah keluar fatwa yg menghalalkn darah warga arab palestin (islam dan kristian) sebagai balasan kepada pmbunuhan kader2 mereka di bandar alQuds..

Agak ironik, darah lebih 100 rakyat Gaza telah ditumpahkan sebelum peristiwa serangan ke atas kader-kader Yahudi ultra Ortodoks. Tidak pula kedengaran mana-mana ulama Islam di Gaza menghalalkan darah warga awam Yahudi di seluruh dunia. Peliknya, apabila nyawa para kader-kader ultra ortodoks Yahudi Zionis yang juga merupakan anggota tentera sukarelawan rejim terbunuh, mereka menghalalkan darah semua warga Arab Palestin..

pelik betul..



adakah kita peka dgn perkembangan terkini palestin??atau ambilnya sambil lewa?

asalkn diri seronok dan gembira..adakah itu sudah memadai bg diri kita?

Rasulullah brsabda yg mafhumnya berbunyi:

"mereka yg tidak ambil kisah keadaan umat,bukanlah drpd kalanganku.."

klu di mesir skrg ni sudah sejuk walaupn suhu hanya sekitar 15 degree celcius..
palestin suhu mencecah 10 degree celcius..mereka lebih kesejukan..tiada bantuan..dlm gelap dan dingin malam..
pernah kita bayangkn??pernah kita fikirkn??

atau menunggu saat ia menimpa diri kita dulu..baru nk sedar dan menjerit2 meminta bantuan..

jd bersama2lah kita bantu mereka semaksimum yg mampu..



- berdoalah utk mereka..yakinlah doa itu senjata org mu'min..
- berikan kesedaran mgenai palestin kpd masyarakat di sekitar kita..ini adalah masalah bersama umat Islam..
- tingkatkn tarbiyah diri..hayat kita di dunia x lama!
- sntiasa ikuti perkembangan di palestin..moga palestin sntiasa dlm hati kita..(http://www.palestinkini.info/)
- hulurkan bantuan dan sumbangan kpd tabung2 aman palestin..
- elakkan mggunakan barangan israel..krn akan menyumbang kpd satu peluru utk mereka bunuh umat Islam di palestin..

yakinilah kematian itu suatu yg pasti..bantulah palestin selagi hayat masih ada..

rasailah tanggungjwb utk mmbantu palestin..
klu x..pasti anda tergolong dlm golongan org2 yg rugi di akhirat kelak..

kita perlukn pd Islam,bukn Islam yg perlukn kita..
yakinilah kemenangan Islam itu suatu yg pasti..tp jalannya penuh cabaran dan beronak duri..
klu anda xnk mmbntu,Allah akan ganti dgn org lain..yg rela mmbantu palestin..

renung2knlah..pilihlah utk mmbantu dan peka dgn isu palestin..


Express your solidarity through any means possible!! Allahu Akbar!!